Friday, December 11, 2009
PeraSaaN
pulang semuala ke rumah mengambil handfon
sebaik tiba bos panggil
aku tahu apa yang bakal berlaku
die mengucapkan terima kasih
menegur kelemahan aku
aku terima dengan lapang dada
yang di 'highlight'kn dua perkara
pertama satu hari ada tender masuk jam 12 mahukan jawapan sebelum jam 3
aku dengan selamba membiarkan bos menyelesaikannya sendirian
aku mengaku aku salah
keduanya, menegur aku bermain facebook(sekarang sudah di banned)
ingin aku perbetulkn
aku hanya online sebelum jam 9
kadang2 lunch hour
time balik jarang jarang
die menyalahkan aku atas perkara tersebut
selebihnya die menceritakan kejayaan die sebagai bos
aku hanya berdiam
dalam hati.."lantak ko la kn..ko kn the best bos ever..kunun la"
aku terima dengan tenang dan redha..
rezeki Allah sangat luas..
Aku yakin
ada yang menanti..
*Menanti satu Jawapan yang PASTI..
Thursday, December 10, 2009
Wednesday, December 9, 2009
Dingin
Kenapa setiap hari aku yang salah
Tidak boleh ke tuturkan perkataan yang baik baik
Setiap pagi suka hancurkan mood aku
Aku ni kuli ka
Bile aku inform potong cakap aku
Bile die salah kata aku x bagitau
senang ja lafazkan
"saya bergantung kepada awak, kalau awak salah..saya salah..saya kena marah..."
terpinga pinga la aku nih...
kn aku da cakap dalam booklet tu ada cd gak
tapi die xdengar...
ada berapa hari ja lagi
TUHAN
beri aku kekuatan
*mahu pergi SEJAAAAAAAAAAAAAUUUUUUUUUUHHHHH mungkin.....
Wednesday, November 25, 2009
KeCaMuKKK
marah bengang
dendam
risau
hitam
gelap
menyampah
SYUKUR
REDHA
LAPANG DADA
*MENgapa???!!!!
Monday, November 23, 2009
MaLu
Pastu aku terpikir rasa malu sebenarnya sebab sepatutnya aku yang beli n bayar harga baju baju tuh bukan abah or ummi lagi..raya aidilfitri yang lalu pun ummi belikan kain, konvo hari tuh abah bayar gak..malu..segan..cepatlah dappat kerja best2 nih..
*malu itu sebahagian dari IMAN
KuSuT 2
Da kat seminggu duduk sahaja apa kes?aku pun nk tunjuk pandai..aku ada IJAZAH k..tak kan nak biar terperuk ijazah aku..hari hari ikut telunjuk bos yang kelam kabut..suka bagi keja after 530pm..what the helll??!!! dari pagi aku duduk xbagi kerja...arghhhh bosannnnn
Hari hari photostat
hari hari binding
hari hari berlakon
sape nak amek aku berlakon bole la..
hari ini baru ISNIN sok SELASA pastu RAbu tulat KhaMis then JumAat...
hari hari menghadap internet..
BOOOOOOSSSSAAAANNNNNN
cukup bulan dapat GAjI
Kata bos nak ambil aku bekerja masalahnya HR xpanggil2 Pe keputusan aku tak tau
Sudah bnyak kali tnya aku mahu kerja di company ini atau tidak?Aku jwab kalu di beri peluang pe salahnya dia tersenyum sahaja.
Bila aku tnya pe post nak bagi..katanya Asst Manager (wow) tapi kerja aku macam kuli juga semua kerja aku wt ( tea lady, despattch girl n bla bla) bukan mengungkit..masalahnya tidak mencabar..bila wt surat guna ayat aku die ubah semua guna ayat die (grrrrr)
Aku tnya lagi bole claim ot ka?maklum bos suka kerja lewat malam sebab nak elak jam aku gak kena teman die.Dijawabnya nanti tnya HR...di hujung ayat die berkata 'kita ni kerja lewat malm sebab kerja x abes jadi xperlu minx ot, saya pun xpernah minx ot' erk aku pandang dia ksong ja.
mana bole x claim ot bnyak cantik..gaji die bnyak dari aku..bole la cakap cm tuh..da la aku balik malam naek lrt..kalu ada keta sekalipun aku nk gak CLAIm tuh...sesuka hati ja..
*bile aKU nk Jadi BOS nih????/
Thursday, November 12, 2009
KuSuT
tp aku kabur..
perlukah aku melangkah masuk ke tempat lama atau mencuba di tempat lain.
Ya Allah
Leraikan kekusutan ini...
Engkau lebih Mengetahui
Andainya sesuatu perkara itu baik untukku Kau mudahkan laluannya
Amin...
*mahu keluar daripada bangunan ini sekarang...tolong tolong tolong..
Wednesday, November 4, 2009
rEzEki 2
mahu cuba atau melupakan sahaja..
no news..
no news..
is that a good news?
Wednesday, October 28, 2009
ReZeKi
tp xde lesen kereta
cemana ek??
peluang ada depan mata
terlepas nanti rugi sMPi tiDAK TERkata
*menyesal yang amat kerana tidak ada lesen kereta...arghhhhhh
No NeWs Is GooD NeWs
memang kalu bole aku mahu bekerja dalam bidang aku tapi mungkin tidak ada rezeki ke arah itu..aku redha..aku sendiri berada dalam keadaaan nak..tak nak..untuk bekerja di company ni cemana ek..Abah kata dalam istikharah no news is good news..so how??
*bermimpi sudah berkahwin...hahaha
Tuesday, October 27, 2009
LeMaS
*ada sape2 nak offer kerja kosng kat saya x sekarang???
Thursday, October 15, 2009
CoNVo
Syukur Alhamdulillah.akhirnya masa di tunggu tiba..Aku n Kawan kawan selamat berkonvo..bagi kami yang xde diploma,inilah first time rasa berkonvo..Setelah hampir setahun menunggu sijil yang dinanti penat lelah belajar empat tahun di uia..Rasa sebaak sewaktu menyanyikan lagu uia..Lagu baru nmpaknya..sungguh xadil..lagi sedap dari lagu lama...aku rasa macam nak sambung belajar semula di uia.hehhe..
*memikirkan pekerjaan untuk masa depan..
Friday, October 2, 2009
TeKaNaN
Kawan kawan panik, shira gosok tapak tangan,iza n zana tepuk2 aku..aku sedar tapi xberdaya nk bukak mata..pakcik2 kat situ pun panik..mereka dudukkan aku.Pabila sedar aku senyum..maalu..pastu pakcik tu bg air suh minum die baca selawat aku pun minum n sapu muka...ak try bangun..alhamdulillah bole berjlan..tanpa banyak soal kami buat keputusan naik teksi demi keselamatan aku..thanx kawan2
Inilah pengalaman pertama pengsan..selalu jugak pandangan aku gelap tp dpt lawan kali ni memang xleh..huhu kat rumah kawan kawan asyik perli..kata mereka cara aku pengsan memang cantik..kaki aku bersimpuh.Aku rebah macam nk tido..hehhe
Aku risau ada tekanan darah rendah..Malam ni pergi check up.Mudah2an xde pe2 yang mudarat.Sok bnyak tempat aku nak p.Amek jubah di UIAm,shoping sana sini and attend open house..pergh busy..
Mungkin tension dengan diri dan keadaan sekeliling..Aku mohon kekuatan untuk teruskan hidup..
*mengharap keredhaan Mu YA Allah..
Saturday, September 26, 2009
AiDiLfItRi 1430 H
sejak berpindah ni ramai plak tetamu yang datang..setiap hari ada ja..kawan2 adik mai kawan2 aku n solehah ja xmai..hahah..korang datang umah baru k..heheh...
tahun ini juga buat pertama membayar zakat untuk diri sendiri.Pada mulanya aku ingatkan xyah bayar tapi lepas kak una citer feel lepas bayar aku terus setuju nak bayar untuk diri sendri heheh..mudah2an murah lagi rezeki aku..amin...
raya tahun ni disambut sederhana ja.Kat kampung pun xramai family yang ada.Mak ngah sekeluarga beraya di sabah bersama menantu yang sarat.Ateh biasala di US..makjang tiba lewat sket..mak uda beraya di umah mentua tapi tgh hari singgah beraya di umah opah..da petang baru la acara salam bersalaman start..da berpeluh2 sume but still maintain..heheh
*mahu mengemas rumah orang jauh sudah datanggg
Wednesday, September 16, 2009
Sangka baik
Ya Allah bantulah aku mendidik hati sabar dan tidak kecewa..
Jangan ada sekelumit pun rasa kecewa..
Tuhanku..
Aku mengharapkan yang terbaik untuk hidup ini..
Sesungguhnya aku berserah segalanya padaMu
Kerna Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini..
Ya Allah
Kuatkan hatiku
Berikan aku ketabahan..
Tunjukkan aku jalan..
*tidak mahu kecewa lagi...Perancangan Allah itu baik n sempurna
Lewat
Untuk ke bandaraya,kami kena turun di stesen chan sow lin untuk mengambil tren yang lain pula kerana tren yang pertama perlu berpatah balik ke ampang.Tiba di chan sow lin,alangkah terkejut melihat begitu ramai manusia dalam satu stesen yang kecik,berhimpit-himpitan bersesak-sesakan.Di saat itu, rasa macam nk jd wrtawan nk investigate pe prob sebenarnya ngn lrt nih.Dalam 30-40 min terperangkap.Aku memandang ke atas mengambil udara.Di hujung stesen ada tangga,kelihatan manusia mengambil gambar n merakam video.Suasana memang padat.kat belakang aku budak2 sekolah yang risaau terlepas exam ada 3 paper.ala dik oit kesiannya.
Tidak lama kemudian announcement dari pihak rapid kl,mereka kini mengistiharkan kod 07 iaitu kod darurat semua stesen ditutup..aiyaaa...panik sebentar..oh ya sebelum itu aku sudah msg Puan H bagitau lambat masuk ofis..kawan2 aku kata kita mnx EL..ish aku xmau bukan pe masih ada jalan lain lagipun awal lagi bole naik bas..jarak pun xjauh mn..aku berkira2 mahu menelepon despatch di ofis chan sow lin(maju constuction) ..kami mahu keluar dari stesen itu kerana kepanasan..tapi orang ramai tidak mahu menginjak walau seinci..alahai..saabar la kn..5 min kemudian tren tiba.berpusu2 orang nak masuk..memang xyah jalan orang tolak ja..teringat naik putra pagi2 time keja kt bharian..macam tu lah..da dapat masuk tren xjalan2..memang padat..orang kata mgkin overload..heheh..akhirnya tren pun jalan seperti biasa..lega..
Apa2 pun aku terima kasih kat rapidKL mmg tindakan pantas n cepat . Sebaik turun di bandaraya ada bus menanti untuk menghantar penumpang ke next stesen..
*Musykil pe jadi sbenarnya..macam cite omputeh plak tren stuck tetiba orang ramai bersesakan tapi xde plak hero..hehhehe
Wednesday, August 26, 2009
Lamaran 2
Lewat petang kelmarin aku mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan di tempat kerja lama.Sekadar bersembang mengisi waktu yang ada (setengah jam before berbuka) ,bertanya khabar. Lalu dia menawarkan satu pekerjaan kepadaku. Aku pernah berada dalam bidang itu biarpun untuk seketika tapi pengalaman itu ada.Katanya tidak salah untuk mencuba. Ada harapan di hujung suaranya.Di akhir perbualan, dia meminta aku memikirkan semula peluang tersebut.
Yang menjadi masalahnya ialah mampukah aku lalui semua itu. Dulu, sewaktu melalui masa itu sungguh perit aku rasa. Sampai nekad untuk tidak mahu kembali ke bidang itu. Tapi sejak akhir2 ini, semangat untuk kembali ke bidang itu memuncak.Pelbagai idea/ilham datang ke kepala. Mungkinkah itu petanda? Aku masih beristikharah.InsyaAllah akan cuba berbincang dengan abah n ummi..
Mungkin ini doa istikharah ku selama ini. Aku mohon agar Allah berikan petunjuk.Aku tidak mahu menolak rezeki sekaligus peluang yang ada.
*Mengintai peluang yang ada...Hikmah Ramadhan
Friday, August 21, 2009
Jom Rebut Peluang...
Esok semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadan..Bulan yang di tunggu..Alhamdulillah aku berpeluang menyambutnya pada tahun ini walaupun tidak dapat bersama keluarga..Insyaalah jumaat depan pulang ke Taiping..
Jom kita rebut peluang yang ada..Bak kata Wahid Melodi Tingkatkan Prestasi dan Amalan Kurangkan Kontroversi hehehh..
Aku mahu merebut peluang tahun ini sebaiknya..Teringat bait bait dalam lirik nasyid yang dinyanyikan Yasin ' andainya ini Ramdhan terakhir bagiku ku harap ia dapat membelaku di akhirat nanti' insyaAllah itu la yang aku harapkan saban tahun..
Dua hari lepas dengar radio Ikim, Rabbani menyanyikan lagu Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan..dalam lirik itu tertulis 'Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka seperti ketibaan orang yang kita cinta'..Subhanallah indahnya kata-kata itu..
*Moga Ramdhan tahun ini membawa sinar baru..InsyaAllah..Amin
Ummi oh Ummi
Tak lama pastuh ummi kol aku pun tanya la..Umi kata die bangun pagi semalam dalam kol 6 pas abah kol.Masa tuh die xrasa sakit lagi boleh lagi siapkan sarapan untuk adik adik nak p skolah pagi tuh dalam kol 7 lebih tasneem datang macam biasa ummi ok lagi. Tak lama pastu ummi rasa nak buang air kecil die p toilet tapi xkuar sangat n die rasa sakit sangat..Lama kelamaan makin sakit ummi pun terbaring ja kat sofa di ruang tamu..Kebetulan abah kol ummi pun cakap la die sakit.abah terus kol Mak jang minx datang tengok ummi nasib baik die kerja petang semalam..Umi plak minx sofiuddin (my bro) telefon ummi tasneem bawa die balik..Mak Jang sampai dalam kol 830 terus bawa ummi p hospital ummi memang xlarat nak jalan pak jang n mak jang papah bawa masuk dalam van..
Sampai di hospital ummi dimasukkan ke wad n masuk air. Doctor masuk kan air abes sebotol ummi xrasa nak ke tandas, doctor cucuk botol ke 2 tapi tersalah masuk kot air tak jalan xlama pastu tangan ummi bengkak (aku jadi marah atas kecuaian doctor) mak jang paggil nurse n die tukar tangan kiri..Masih tidak rasa mahu ke tandas. .umi minx tolong mak jang belikan air mineral abes sebotol umi minum di tambah plak doctor masukkan botol ke 3 baru umi ke tandas..petang dalam kol 3 baru doctor lepaskan umi sampai umah dalam 330. Abah plak sampai dalam kol 4 (baru tiba dari KL). doctor syak umi ada karang(selepas di ultrasound) harap2 xteruk.. hari ni result..
Aku xdapat bayangkan cuma berfikiran positif..aku bitau abah nak balik hari ni (jum) tapi abah kata xda pa ummi ok ja..Aku bukan lah takut dengan kematian cuma tidak bersedia untuk menghadapinya pada ketika ini..Aku belum puas hidup bersama abah ummi n adik2..Aku doa pada Allah panjangkan umur mereka semua agar aku dpat berbakti pada keduanya..
Berita kematian mengejut seringkali aku dengar..Aku berdoa andai kata berlaku pada diriku minta Allah berikan kekuatan..
* Berdoa di panjang kan umur dan dimurahkan rezeki..Mahu sentiasa bersama insan tersayang..
p/s TERIMA KASIH kat mak jang n pak jang di atas kesudian menolong ummi..Hanya Allah
dpat membalasnya....
Tuesday, August 18, 2009
Mehnah @ Dugaan
Kini aku sedar setiap orang pasti ada masalah bezanya bentuk masalah yang di hadapi tidak sama..aku belajar untuk terima masalah dalam hidup aku dan berfikir secara positif..
kadang-kadang kita nampak orang tu hepi ja tapi dalaman Tuhan je yang tau..Mungkin orang tu mengalami ribuan masalah yang susah atau mengambil masa untuk diselesaikan..
Semakin dewasa ni, aku berjumpe dengan pelbagai orang dan kerenah.Ada antara kawan kawan aku yang aku nmpak macam hepi sesangat rupanya menghadapi pelbagai masalah.Masalah yang lebih teruk dari aku.Aku mula sedar yang masalah aku kecik ja masalah kawan lagi besar.Rasa bersyukur. Sekarang setiap masalah aku hadapi dengan tenang dan positif. Setiap kejadian ada hikmah.Kunci setiap masalah adalah SABAR. SABAR itu kan sebahagian daripada iman.
*Rezeki tidak akan ke mana-mana..
Friday, August 14, 2009
Bersalah
*mengantuk dalam debar...
Thursday, August 13, 2009
LAMARAN..
situasi 1:
Puan H: demam da ok?
aku : alhamdulillah da
Puan H: betul demam ke dah dapat offer?
aku : errrrr
(kalu aku dapat offer sekalipun aku akan blah dari company ni dengan cara beradab k)
xlama lepas tu die panggil aku masuk bilik
situasi 2
Puan H: awak sebenarnya nak keja ngan saya ke x? (dengan nada yang garang ala2 army maklum la die kapten)
Aku :(sambil tersengih n terkejut) err kalu Puan nak saya antar resume saya antar la..
Puan H: (muka agak terkejut) saya bukan pe ada information yang xleh di email kt yahoo kena guna email company..
Aku : (rasa serba salah )
sekarang dalam dilema andai kata aku digajikan di sini alhamdulillah la tapi aku xsuka company ni tambah dok kt department nih aku xbape minat..sekarang tengah tunggu bernama kawan kata lagi sebulan baru panggil interview huhu lama tuh..bos aku plak x bagi keja sebab bnyak confidential documents die xberani nak serah..alih2 setiap hari aku melangut..sungguh bosan..argh...
*menunggu lamaran dari sangkekasih hahahah
al-fatihah
moga rohnya bersama orang yang beriman..
al fatihah
amin
Thursday, August 6, 2009
Wednesday, August 5, 2009
H1N1 vs Gula
Sama naik ngan isu ini ialah kekurangan gula..macam2 alahai dunia oh dunia...satu2 dugaan menimpa..moga isu gula dapat selesai segera..bak kata housemate aku malam tadi tahun kueh raya xde rasa ek..heheh...
*memikir2 jenis kueh raya untuk di bawa pulang..heheh
Monday, July 27, 2009
Indipendent
*besok mgkin kelamkabut aku kena write formal letter huhuhu-aku harap aku BOLEH
SOFIAH BOLEH!!!
TQ
tp seronok sbb dua hari p midvalley dengan hanya berjalan kaki dan memakai bj yang sempoi (hehe) sungguh berlagak mcm nak p pasar malam ja..heheh
next time bole tido umah syaz lagi n berjalan kaki p midvalley..
1KENANGAN
teringat kat MELLIFERA SDN BHD..
semua itu kenangan..
paling teringat kami semua berpakat satu hati membuat tindakan keluar beramai2...
*cerita up date later ek (heheh)
hari ni nk citer perihal bos aku aka PUAN H (nama penuh dirahsiakan) mula2 aku kenal dia nmpak garang n tegas.In fact, aku pernah kena marah ngn dia tp aku wt sebal la kn tak kn nagis depan2 kot. Ada kala aku merungut sbb sikap dia (tq pd abg mie n syaz sbb sudi jadi pendengar setia erk ye ka) . Namun segalanya berubah lepas die blanja aku bukak pose jumaat hari tuh. Beliau tersangat la sempoi dengan hanya membahasakan dirinya KAKAK..pada masa itu juga aku rs bersalah teramat sgt kerana mengata beliau di belakangnya (xkn nk kata depan2 kot nk kena)..xsangka di sebalik ke'cute'an wajahnya, ada duka yang dikandung selama ni..lagi la rasa bersalah membuak2..aku mula memahami cara beliau bekerja n aku janji akan buat betul2 ) (xkan rosakkan mesin fotostat lagi heheh)..ni yang wt rasa sedih nk tggalkan bos..huhu tapi aku kena melangkah kuar (mcm da confirm dapat keja lain ja) xkan nk keja kt cni (walaupun satu level ngan dato n tan sri) aku xmau itu semua.aku nk keja tetap..huhuhu
*menanti SEBUAH jawaban...
Saturday, May 2, 2009
Syukur alhamdulillah..tamat satu model, business english..langsung tidak menarik minat aku untuk masuk kelas tu.sebab?tutor yang agak kurang ajar dari segi bahasa..suka menggelarkan kami dengan perkataan yang tidak sewajarnya..sudah berlainan bangsa, pada mulanya aku hormat namun selepas kejadian menimpa aku sudah hilang hormat..wajarkah seorang guru menggelarkan student monkey, donkey, jawapan xm kami dia ckap suck...ee membara tau..sorang grupmate aku dipanggil bullshit..lagi satu suka kutuk perempuan melayu lazy(sudah tahap kurang ajar tuh)..
aku pernah juga kena marah depan kelas sbb tanya pe beza ourself n ourselves ...xpaham aku..sebagai balasan aku bagi markah terendah untuk dia dalam form evaluation..hahaha...padan muka next batch dia tidak akan di panggil lagi...
* tutor itu suka cakap berbelit..setip kali jawab exam dia kata x progress time class petang plak die cka kami improve...agak pening di situ...
My Family
*tiap hari ber'public speaking' buat aku dah lali dan menjadi lebih confident...GEMS best...
Friday, April 17, 2009
HAri pertama kursus da ada english test untuk tentukan tahap english sbb ada english class nanti (kami amek course business english, kalu ambil di luar harga beribu2 tapi kami special dpt FREE ja).Pastu trus sambung ngan kursus motivasi by Tuan Haji Nicholas Sylvester @Muhammad Abdullah.Pengisian yang menarik.Setiap kali nak jawab kena p kat microfon tapi aku tak p ms first day coz berebut laki pempuan smpai member aku kena peluk..EE tak kuasa...Hari kedua aku volunteer p kat mic..heheh..rasa seronok plak ckap kat mic...tapi kedudukan meja da di ubah aku pun xmau p kt mic coz meja jauh dari mic itu nanti kena peluk..Ngeeri...
Overall, program ni bagus..ada lagi 9 minggu untuk diteruskan...Mudah2an dapat manfaat bersama..amin
*Pengalaman hari kedua ayaq (air) xda ble bangun pagi semua orang kelam kabut.Pihak hotel antaq kami p dormitory mandi ramai2 kat sn.
Thursday, April 9, 2009
080409
Wednesday, April 8, 2009
Semalam dapat call daripada company travel n tours yang aku p interview hari tuh..katanya aku berjaya dapat job.sekarang sedang menanti respon dari aku.Katanya lagi pihak syarikat dah email aku sehari lepas temuduga..ni yang aku bengang sehingga entri ini di tulis aku xdapat lg email itu..aku jd bengang..hati berbelah bagi nak p keja tu or training yang aku apply last week..result mgkin kuar hari ni..ei confused la plak..nak p mana satu ekk...
kalu p keja dapat duit..kalu p training pun dapat duit tp untung mkn and tmpat tinggal free walaupun duit elaun yang diberi tak banyak..
aku bengang lagi ngan company ni mana email nya...aku nak tegok gaji...eee bengang...dah aku sms mlm tadi email aku dok kata aku salah bg email..mana salahnya betul pe email aku tuh..ntah2 pekerja die tak antar...
* kalu xde rezeki ngan kerja ni aku redha ja la..PErancangan Allah lagi baik dan DIA tahu apa yang TERBAIK untuk hambanya...
Saturday, March 28, 2009
Mac
070309
Selamat Hari Lahir buat ummi (pn Zaharah Abdul Majid) yang ke 49..semoga panjang umur n murah rezeki umi..Ingat nak wat kek la konon tapi cm malas..aku konon2 wat tak ingat tp wah plak p wish besday kat umi before die p skolah pagi tuh..ei kaco betul la .wish depan aku plak tuh..since die da wish aku pn wish la..selamat hari lahir umi..tapi mood umi xbape baik plak hari tuh macam sedih ja..abah plak kat skolah..petang tuh abah balik umi wat tak tau ja..aku da agak abah xperasan date hari tuh..aku pun wat tak tau ja..tetiba abah panggil n berkata
abah: kak long, hari ni hari pe?
kak long: besday umi la
abah: nape x cakap awal2?
kak long: erk???
abah: jom kita p beli kek..
kami pun keluar p beli kek dalam hujan lebat tuh..dapat la sebiji..hehehe balik tuh bukak pintu abah nyanyi hepi besdaykat umi...Umi tersenyum kembali...
230309
last monday ada interview di sebuah syarikat pelancongan melayu..interview berjalan agak ok..pergi ditemani mak cu (cian die smpai tertido keletihan)heheh..this is my first interview, saja nak gain experience..kalu tak dapat pun xkesah..hehehe (jual mahal la tu)...ada la kat setengah jam dok dalam bilik tuh berspeaking..huhu siap aku tergelak bile depa offer gaji rendah dari pe aku mintak..buat malu ja..pape pun aku kena istikharah dulu jgn buat keputusan terburu buru.
petang plak p uia wat clearance..alhamdulillah da setel dijangka dapat full transkrip mggu depan..makin rancak la misi aku memburu kerja...xdapat setel semua sebab hari sungguh panas dan aku malas plus xlarat nk jalan p mahalla..makcu plak tidoq kat masjid.aku pn xsampai hati nak teruskan niat p mahallah aku patah p masjid kejutkan die n ajak balik.misi bersambung hari rabu.
280309
kami sekeluarga menyokong Earth Hour ,bergelap selama sejam...hehehe (skrang tengah bergelap sambil menaip plus fighting with nyamuks..kat luar hujan plak tuh)
Wednesday, March 4, 2009
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan
Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan
Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan
Hendak diulang... Hendak diulang
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan
Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang
( 2 X )
Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya
Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir
Tuesday, March 3, 2009
LeLaKi vs WaNiTa
Sebagai seorang Muslim, tidak wajar kita mempersoalkannya..Setiap dari kita punya tanggungjawab dan amanah untuk di pikul..Jelas maksudnya di dalam Al Quran..Kita adalah pemenang dan wira kerana berjuang untuk hidup di atas muka bumi ini..Namun,pabila celik mata mudahnya kita tersungkur.Tidak dapat dinafikan, kita punya perasaan dan emosi namun itu semua perlu dibatasi dengan 'aql..Itulah manusia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Oleh itu, jangan sesekali membezakan manah dan tanggungjawab diberi..Secara fizikal, lelaki dan perempuan itu berbeza tetapi PERJUANGAN kita tetap sama...
Sunday, March 1, 2009
Perkasa Masjidil Haram
Oleh Siti Sofiah Ahmad Mazlan
bhminggu@bharian.com.my
Enam arkitek termasuk seorang anak Malaysia dipilih untuk melaksanakan projek pembesaran kota suci umat Islam |
Arkitek diminta membina bangunan yang boleh menampung lebih 1.5 juta orang dalam satu masa dan mampu memantulkan haba kerana iklim panas serta mengutamakan alam sekitar
MAKKAH al Mukarramah, kota suci umat Islam menjadi pusat pengumpulan manusia terbesar terutama apabila tiba musim haji setiap tahun.
Saban tahun, jumlah jemaah mengunjungi tempat ibadat itu semakin meningkat, justeru ia memerlukan kawasan yang besar bagi menampung jemaah terbabit melakukan ibadat dengan selesa dan tenang sepanjang berada di sana.
Sehubungan itu, satu perancangan membesarkan kawasan Masjidil Haram sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.
Projek itu memfokuskan kepada dua perkara utama iaitu pembangunan rohani dan konsep mesra alam dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah yang datang mengunjungi tempat itu untuk melakukan ibadat.
Perancangan itu membabitkan kemudahan semua golongan jemaah termasuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas uzur yang ingin menyempurnakan rukun Islam kelima itu. Antaranya, mewujudkan laluan khas Saie bagi golongan terbabit agar ia tidak bercampur dengan jemaah normal.
Prof Dr Ismawi menunjukkan pelan penstrukturan semula Masjidil Haram. |
Bagi merealisasikan projek berkenaan, seramai enam arkitek berpengalaman dan pakar dalam bidang perancangan bandar dan wilayah dilantik menganggotai Panel Antarabangsa Untuk Pembesaran Masjidil Haram.
Mereka ini bertanggungjawab merangka garis panduan untuk pembangunan semula Makkah khususnya pembesaran Masjidil Haram untuk dibentangkan kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud .
Mereka masing-masing seorang berasal dari Turki, Arab Saudi, Algeria, Malaysia dan dua dari Lebanon.
Malaysia diwakili Profesor Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ismawi Zen.
Di bawah panel itu, sebanyak 16 kumpulan daripada pelbagai negara sudah membentangkan kertas cadangan masing-masing dan Raja Abdullah bakal memilih lebih satu kumpulan berdasarkan kepakaran yang ada pada setiap kumpulan.
Semua kertas cadangan itu, masih di peringkat awal perbincangan namun begitu, sebahagian kecil pengubahsuaian seperti pembesaran laluan Saie sudah dilakukan bagi memudahkan jemaah haji mengerjakan ibadat itu pada musim haji lepas.
Kerja menyiapkan pelan itu dijangka siap akhir tahun ini manakala kerja fizikal dapat dimulakan selewat-lewatnya awal tahun depan.
Ketika ini, kerja awal sudah dimulakan dengan merobohkan bangunan di sekitar masjid terbabit sejak September tahun lalu dan berterusan hingga ke hari ini. Pembersihan kawasan itu merangkumi kira-kira 650 meter dari kawasan masjid berkenaan.
Apabila siap kelak, kawasan ibadat itu dijangka boleh menampung 1.5 juta orang khususnya pada musim haji dan bulan Ramadan. Untuk tujuan itu, pelbagai perkara diambil kira seperti soal keselamatan dan keselesaan jemaah, sistem pengangkutan, kemudahan tandas dan tempat melakukan ibadat.
Dalam konsep mampan, arkitek diminta merancang bangunan yang mampu memantulkan haba kerana iklim panas serta mengutamakan alam sekitar, kemudahan untuk warga emas dan sistem yang boleh dipraktikkan.
Berdasarkan kepada cadangan bernas yang sudah dibentangkan, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah bakal mewujudkan satu lagi kumpulan bagi mengumpulkan semua cadangan dengan cara baik dalam usaha menjadikan masjid itu sebagai penghubung kepada umat Islam di seluruh dunia.
Dalam penstrukturan semula kota Makkah ini, beberapa ulama mengutarakan pandangan tidak bersetuju kerana dikhuatiri pembinaannya yang canggih bakal mengundang masalah seperti tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan ibadat lantaran terpegun dengan reka bentuk masjid itu.
Selain itu, pembangunan semula Makkah ini juga bakal menghidupkan kembali fungsi masjid pada zaman Rasulullah sebagai tempat perkembangan ilmu, yang mana kerajaan Arab Saudi mahu menubuhkan sebuah institusi pengajian di dalam masjid itu.
Ada masa dan kawasan tertentu kota Makkah tidak sesak ketika musim haji dan umrah, menyebabkan kerajaan bercadang membina sebuah universiti di satu bahagian di dalam masjid berkenaan bagi mengimarahkan kawasan ibadat itu agar tidak kelihatan kosong dan sepi.
Universiti ini menawarkan kursus dalam bidang sains dan teknologi membuka peluang kepada umat Islam belajar mengenai ilmu berkenaan juga membuktikan kepada orang luar bahawa masjid tidak hanya sebagai tempat ibadat malah lebih daripada itu.
Di samping itu, pembinaan terowong pejalan kaki dan stesen perkhidmatan awam seumpama sistem transit aliran ringan (LRT) seperti di Malaysia, turut diwujudkan bagi keselesaan jemaah bergerak sepanjang berada di kota suci itu.
Pada masa ini, kenderaan persendirian dibenarkan masuk ke kawasan masjid namun selepas LRT siap, semua kenderaan perlu diletakkan di Masjid Tana’im yang mana jemaah akan menaiki LRT itu untuk ke masjid terbabit.
Sedia lebih kemudahan untuk OKU beribadat
PROJEK pembesaran Masjidil Haram di Makkah akan menyaksikan kemudahan melakukan ibadat tawaf yang lebih selesa untuk golongan orang kurang upaya (OKU).
Pada masa ini, orang kurang upaya termasuk golongan tua dan uzur melakukan tawaf di tingkat dua bersama jemaah biasa dan dengan peningkatan kemudahan yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi itu satu laman khas bagi mereka melakukan ibadat itu diwujudkan.
Perkara ini dimaklumkan Pensyarah Jabatan Landskap, Kulliyah Seni Bina dan Reka Bentuk, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Ismawi Zen pada syarahan berhubung pembangunan semula kota Makkah, baru-baru ini.
Profesor Ismawi adalah antara enam arkitek dari empat negara yang dipilih menganggotai Panel Antarabangsa Untuk Pembesaran Masjidil Haram yang mana kerja pembinaan bermula September lalu.
Bekas timbalan rektor perancangan dan pembangunan UIAM itu berkata, selain kemudahan OKU, satu lagi ciri menarik projek itu adalah pengenalan kepada satu sistem yang membuatkan jemaah menggunakan air dalam jumlah minimum untuk berwuduk, sekali gus mengurangkan pembaziran.
Beliau berkata, kajian menunjukkan purata seorang jemaah menggunakan 1.5 liter air untuk berwuduk.
“Melalui sistem ini seseorang jemaah hanya akan menggunakan 0.5 liter air saja yang bersesuaian dengan ajaran Islam iaitu mengajar umatnya supaya tidak membazir dalam apa juga keadaan,” kata nya.
Katanya, projek pembesaran Makkah al-Mukarramah ini menggunakan teknologi tinggi bagi menaik taraf infrastruktur yang ada ke tahap lebih baik dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah yang datang mengunjungi tempat suci itu untuk melakukan ibadat.
Ismawi berharap jemaah yang berkunjung ke sana tidak hanya melakukan ibadat semata-mata tetapi menghayati setiap rukun Haji yang dilaksanakan kerana Masjidil Haram satu ketika dulu pernah menjadi pusat pengajian ilmu dan berkembang menjadi pusat pengumpulan cendekiawan dan masyarakat.
Sejarah pembesaran Masjidil Haram pada era moden:
Empat garis panduan (larangan) kerajaan Arab Saudi dalam merancang pembangunan di Masjidil Haram iaitu:
1) Larangan mengubah suai Kaabah.
2) Lokasi Saie iaitu antara Bukit Safa dan Marwah.
3) Kedudukan telaga Zam Zam.
4) Sempadan tanah haram.
Empat pertimbangan yang diambil kira:
1) Konsep mampan.
2) Pembangunan kerohanian
3) Sejarah
4) Kapasiti.
Friday, February 27, 2009
MenCaRi KeRJa
tamat belajar bermakna melangkah ke satu alam baru..alam pekerjaan..kebetulan zaman gawat..setiap hari ada je berita pekerja diberhentikan...mudah2an Allah membuka jalan untuk mereka..
Usaha mencari keja masih diteruskan walaupun resume tidak di update lagi..tahap kemalasan yang teramat..abah dah banyak kali tanya.Jawapan seperti biasa 'esok la'..hehehe..seronok plak dok kt umah..melayan tasneem..chatting...online sepanjang masa..
Menjadi wartawan banyak pengalaman...menjadikan diri semakin matang berfikir..Inilah dunia..Bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang agak ganjil dan pelik..Wajah manis tapi di belakang saling bertikam sesama sendiri..apa yang mereka mahukan?..hanya mereka yang tahu...
Mudah2an mereka sempat sedar dan kembali ke pangkal jalan..
*Semakin tenag di rumah,tidak perlu berasak pagi2 buta berebut LRT..argh kenangan terpahat di ingatan..
Thursday, January 15, 2009
tapi cukup la dengan pekerjaan ini..tidak sanggup untuk diteruskan..pagi2 kena berasak n berebut..kadang2 xyah jalan ada orang tolak dari belakang..nak marah pun xleh..tp thanx la sebab memudahkan perjalanan..hahaha..
da 2 minggu dok dalam ofis wat follow up ja..xde assignment..boring la plak..nak kuar jalan2...nampaknya claim bulan ni sket ja la..huhuhu..
rindu nak balik umah..nasib baik dapat tiket smalam..nk peluk tv baru..hehehe