Tuesday, August 18, 2009

Mehnah @ Dugaan

Dulu-dulu, bile ada masalah aku rasa macam nak lari jauh jauh..aku benci masalah..aku rasa masalah memusnahkan hidup aku..bile ada masalah aku akan diam..bile diam mula lah fikir yang bukan bukan..kadang kadang aku jealous gak ngan kawan kawan yang xda masalah..aku teringin nak jadi macam dorg...always hepi..tapi sampai bile?

Kini aku sedar setiap orang pasti ada masalah bezanya bentuk masalah yang di hadapi tidak sama..aku belajar untuk terima masalah dalam hidup aku dan berfikir secara positif..
kadang-kadang kita nampak orang tu hepi ja tapi dalaman Tuhan je yang tau..Mungkin orang tu mengalami ribuan masalah yang susah atau mengambil masa untuk diselesaikan..

Semakin dewasa ni, aku berjumpe dengan pelbagai orang dan kerenah.Ada antara kawan kawan aku yang aku nmpak macam hepi sesangat rupanya menghadapi pelbagai masalah.Masalah yang lebih teruk dari aku.Aku mula sedar yang masalah aku kecik ja masalah kawan lagi besar.Rasa bersyukur. Sekarang setiap masalah aku hadapi dengan tenang dan positif. Setiap kejadian ada hikmah.Kunci setiap masalah adalah SABAR. SABAR itu kan sebahagian daripada iman.

*Rezeki tidak akan ke mana-mana..

No comments: