Monday, November 22, 2010

Win Some LOse SoMe


Hari yang agak tenang di ofis sementelahan aku baru balik bercuti dr kampung...ofis agak lenggang.Bos pun p court petang baru balik.Alhamdulillah dapat pulak rezeki Joey bagi baju kurung cantik plak tuh..thanx fren.boleh la buat p kenduri sepupu dee ahad ni.Insyaallah weekend ni p JB pe lagi jalan berfoya next month aku p Melaka with the whole family insyaallah.Masa dan ketika ini aku mau enjoy hasil duit kerjaku selama setahun ni.Orang kata reward la..da keja setahun kan.

Tahun depan ada rezeki aku masuk university buat master, harap2 dapat buat lebih baik daripada ijazah.amin. aku jangka nak habiskan tiga tahun nk buat dua tahun bole ja,tapi tak nak la rush sgt biar cool n smooth ja.Tahun depan mungkin xbape nak enjoy la sebab duit dilaburkan pada master aku kan..mana nk wt assigment,p keja aku rasa aku duduk atas jalan je la.Tapi xpe sebab aku win some and lose some.Untuk tiga tahun saja aku bersusah payah selepas itu dengan izin dan pertolongan Allah aku harap dapatla capai impian aku yang lain lain.

Bila da kerja n meningkat dewasa ni banyak benda nak buat sebenarnya, nak buat pelaburan , nak buat itu ini. belom kenduri kahwin lagi.adoyai...banyak nye bendaaa.tapi kalu difikirkan sangat pun buat sakit ja..baik go with the flow.aku yakin Allah akan 'bagi' bila tiba masanya.Itulah keyakinan aku.Aku sekarang nak belajar untuk terima keadaan tanpa bnyak mempersoalkan apa yang diberi. Ya, kadang kadang aku agak gelabah bila pk pasal duit apatah lagi aku anak sulung macam macam aku nak beli untuk family tapi aku kena jadi cool..kalu da jadi rezeki tak kan kemana itula kata org tua2 dolu2.

Duit simpanan aku sepanjang bekerja x de la banyak mana memang aku niat simpan untuk teruskan master setelah melihatkan kerja aku sekarang yang tak mungkin pergi mana mana.Bukan tidak bersyukur.Sebagai manusia aku punya pilihan dan impian.Aku kena kejar impian aku>Tidak salah bukan.Untuk itu aku kena berkorban.Bila sudah terima tawaran master, buat aku serba salah bilamana memikirkan perihal kewangan.Macam aku kata tadi kena belajar Menerima keadaan tanpa ada persoalan.Abah kata teruskan juga.hati aku masih berbelah bagi.Kalu bole aku xmau berhenti keja nak cr keja dekat2 UPM senang sket nk p belajar.Aku usahakan sekarang ini dengan harapan ada peluang.Tuhan permudahkan urusanku.Amin


*Sabar itu sangat Indah...