Tuesday, March 3, 2009

LeLaKi vs WaNiTa

Lewat malam tadi saya menerima sms dari seorang rakan "Sis xtau bkn senang jd lelaki ni.xcaya tny ur father..."lantas, terfikir wajarkah kita mempersoalkan jantina kita sendiri? Apakah kita di beri pilihan untuk memilih jantina yang kita suka? Lelaki dan wanita; apa beza dan samanya?
Sebagai seorang Muslim, tidak wajar kita mempersoalkannya..Setiap dari kita punya tanggungjawab dan amanah untuk di pikul..Jelas maksudnya di dalam Al Quran..Kita adalah pemenang dan wira kerana berjuang untuk hidup di atas muka bumi ini..Namun,pabila celik mata mudahnya kita tersungkur.Tidak dapat dinafikan, kita punya perasaan dan emosi namun itu semua perlu dibatasi dengan 'aql..Itulah manusia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Oleh itu, jangan sesekali membezakan manah dan tanggungjawab diberi..Secara fizikal, lelaki dan perempuan itu berbeza tetapi PERJUANGAN kita tetap sama...

No comments: