Saturday, September 26, 2009

AiDiLfItRi 1430 H

Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk menyambut hari kemenangan.Tahun ni n setiap tahun beraya di kpg opah.Mgkin tahun depan insyaallah beraya di taiping meraikan rumah baru hehe..kesian kat opah sudah tidak berapa sihat untuk berjalan jauh n menyediakan juadah raya.Ummi kata tahun depan raya kat taiping je la..wowow meriah la gamaknya opah n atok ramai kawan di taiping nih..pernah dulu wt open house di taiping sungguh penat kawan2 opah ramai yang datang xmenang tangan..

sejak berpindah ni ramai plak tetamu yang datang..setiap hari ada ja..kawan2 adik mai kawan2 aku n solehah ja xmai..hahah..korang datang umah baru k..heheh...

tahun ini juga buat pertama membayar zakat untuk diri sendiri.Pada mulanya aku ingatkan xyah bayar tapi lepas kak una citer feel lepas bayar aku terus setuju nak bayar untuk diri sendri heheh..mudah2an murah lagi rezeki aku..amin...

raya tahun ni disambut sederhana ja.Kat kampung pun xramai family yang ada.Mak ngah sekeluarga beraya di sabah bersama menantu yang sarat.Ateh biasala di US..makjang tiba lewat sket..mak uda beraya di umah mentua tapi tgh hari singgah beraya di umah opah..da petang baru la acara salam bersalaman start..da berpeluh2 sume but still maintain..heheh

*mahu mengemas rumah orang jauh sudah datanggg

Wednesday, September 16, 2009

Sangka baik

Bukan semua benda/perkara yang kita idam akan dapat..
Ya Allah bantulah aku mendidik hati sabar dan tidak kecewa..
Jangan ada sekelumit pun rasa kecewa..
Tuhanku..
Aku mengharapkan yang terbaik untuk hidup ini..
Sesungguhnya aku berserah segalanya padaMu
Kerna Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini..
Ya Allah
Kuatkan hatiku
Berikan aku ketabahan..
Tunjukkan aku jalan..


*tidak mahu kecewa lagi...Perancangan Allah itu baik n sempurna

Lewat

Pagi ini lewat masuk ofis kerana train problem.Sesampai di stesen Lrt pandan jaya dengar announcement train hanya tamat di stesen bandaraya.Aku n kawan menarik nafas lega kerana stesen itu tidak jauh daripada ofis.Berjalan jauh sket ja.Exercise pagi.heheh..

Untuk ke bandaraya,kami kena turun di stesen chan sow lin untuk mengambil tren yang lain pula kerana tren yang pertama perlu berpatah balik ke ampang.Tiba di chan sow lin,alangkah terkejut melihat begitu ramai manusia dalam satu stesen yang kecik,berhimpit-himpitan bersesak-sesakan.Di saat itu, rasa macam nk jd wrtawan nk investigate pe prob sebenarnya ngn lrt nih.Dalam 30-40 min terperangkap.Aku memandang ke atas mengambil udara.Di hujung stesen ada tangga,kelihatan manusia mengambil gambar n merakam video.Suasana memang padat.kat belakang aku budak2 sekolah yang risaau terlepas exam ada 3 paper.ala dik oit kesiannya.

Tidak lama kemudian announcement dari pihak rapid kl,mereka kini mengistiharkan kod 07 iaitu kod darurat semua stesen ditutup..aiyaaa...panik sebentar..oh ya sebelum itu aku sudah msg Puan H bagitau lambat masuk ofis..kawan2 aku kata kita mnx EL..ish aku xmau bukan pe masih ada jalan lain lagipun awal lagi bole naik bas..jarak pun xjauh mn..aku berkira2 mahu menelepon despatch di ofis chan sow lin(maju constuction) ..kami mahu keluar dari stesen itu kerana kepanasan..tapi orang ramai tidak mahu menginjak walau seinci..alahai..saabar la kn..5 min kemudian tren tiba.berpusu2 orang nak masuk..memang xyah jalan orang tolak ja..teringat naik putra pagi2 time keja kt bharian..macam tu lah..da dapat masuk tren xjalan2..memang padat..orang kata mgkin overload..heheh..akhirnya tren pun jalan seperti biasa..lega..

Apa2 pun aku terima kasih kat rapidKL mmg tindakan pantas n cepat . Sebaik turun di bandaraya ada bus menanti untuk menghantar penumpang ke next stesen..

*Musykil pe jadi sbenarnya..macam cite omputeh plak tren stuck tetiba orang ramai bersesakan tapi xde plak hero..hehhehe