Friday, September 30, 2011

Lapang Dada





Bila di himpit kesusahan,selalu orang akan kata bersabarlah wahai sahabat.Ya Sabar..susah tau sebenarnya nak sabar, itu hakikat yang aku rasa sebab aku adalah seorang yang mudah dan cepat melenting bila sesuatu benda berlaku. Aku cuba untuk belajar sabar sebab aku rasa marah itu sangat memenatkan.Dalam usaha aku nak belajar sabar, aku beli majalah Solusi tajuk depan Sabar itu Indah..Aku baca artikel dalam baca itu.Lalu, terpandang sepotong doa, aku amalkan.Mula mula xsabar juga,nak marah ja..tapi setiap kali solat aku amalkan doa tu.Sampai bulan ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah uji aku untuk bersabar.aku ada masalah dengan bos yang marah2 ketika bulan puasa.Aku baca lagi doa itu.Aku pejam mata. aku baca doa sesungguh hati.Alhamdulillah cool.Sampai saat ini, adakala aku terlepas pandang nk baca doa itu, especially sekarang bos aku dah agak cool.Tapi baru baru ini aku di timpa kekecewaan yang amat, lantas aku baca doa itu.

Lagi satu, setiap kali lepas solat, aku doa Allah bagi lapang dada dalam menerima setiap musibah.Aku tidak mahu panik dan cepat melatah bila di timpa musibah.Alhamdulillah sewaktu aku dikhabarkan dengan satu berita yang tidak baik, aku berlapang dada menerimanya.alhamdulillah.aku rasa itu adalah satu nikmat yang tidak terhingga. aku mungkin boleh sedih yang amat ketika waktu itu, tapi aku bersyukur aku tidak sedih malah menerima berita itu dengan tenang dan lapang dada.alhamdulillah.Nikmatnya rasa sabar, tenang dan lapang dada bila terima musibah itu memang tiada tandingan.Leganya yang amat.

Aku doa biarlah rasa ini berkekalan selamanya.aku istiqamah dengan doa ini insyaAllah.

Monday, September 5, 2011

Mati Itu Pasti

Allah Maha Besar
Allah Maha besar
Allah Maha Besar
Segala Pujian Hanya Untuk Allah

Ramadhan berlalu, moga di terima semua amalan kita
insyaAllah amin
Sambutan raya tahun ini di sambut dalam kesederhanaan
Alhamdulillah dapat beraya di rumah baru
Penantian yang di tunggu selama dua kali raya
Agak busy rmai tetamu
Alhamdulillah
tetamu yang hadir membawa rahmat

Raya ini di kejutkan dengan kematian dua pupu iaitu Allahyarham Noramfaizul yang ditembak mati di Mogadishu..Memang tidak pernah bersua muka, mengenalinya ketika dia tiada di dunia ini lagi..kami sekeluarga sempat menziarahi keluarga arwah. Telah diumumkan oleh Mufti, beliau mati syahid.Alhamdulillah moga tenang roh mu di sana.

Pagi ahad dikhabarkan juga kematian pakcik abah Allahuakbar..dua kematian yang berlaku dalam sela masa yang tidak jauh.Sungguh mati itu pasti dan tidak mengenal usia..

Bagaimana aku nanti?
Moga aku sempat mengucapkan kalimah syahadah
Moga aku mati di dalam iman dan islam

Allah,
Tempatkan saudara saudara ku ini di kalangan orang yang beriman
Al Fatihah

Monday, July 25, 2011

LeLah

dalam setahun ini,aku perasan aku terlalu lemah dan lelah..da nak masuk suku keempat tahun ini, tapi masih macam ini..tiada yang berubah.
aku jadi lemah dan lelah dalam meniti perjalanan
keadaan sekeliling
kawan2 mencari tapi aku sembunyikan diri
walaupon dorang tidak punya kesalahan dengan aku
tapi biarlah aku sendiri sampai aku yakin
betul yakin dengan diri
susah betul nak bangkit dari lelah ni
aku jadi fobia untuk buat PLANNING dalam hidup
sebab apa yang aku plan semua tidak menjadi
tengok betapa lemah nya IMAN (astagfirullah)
aku da resturcture the plan
tp xde sebarang movement
masih di takuk ini juga

ramadhan kali ini
mungkin masa yang terbaik untuk aku dapatkan kembali AKU
aku nk muhasabah diri
Mungkin di sini adalah yang terbaik
maka aku kena belajar redha menerima
jangan salah kan diri sendiri
dunia bukan la segala galanya SOFIAH
biar mereka berkata
biar mereka berseronok
di atas ini

AKu kena BANGKIT dan BERSIH

Thursday, June 30, 2011

SekaRang Zaman DuiT

Tidak dinafikan sekarang zaman 'duit', keluar rumah setapak ke depan je pun pakai duit.Haisy...barang2 pun naik. Cuba bawa RM50 pergi supermarket dapat beberapa barang ja..Susah betul sekarang ni. Tapi perlukah kita jadi hamba duit? Perlu ingat rezeki Allah bagi, jadi jangan nak bergantung harap pada duit ja. Belanja ikut kemampuan. Jangan amek hak yang bukan hak kita.Jangan kerana perlukan duit sangat sangat, claim yang bukan hak kita.Ingat SOFIAH, peringatan untuk diri, jangan ikut cakap orang lain.Tetapkan iman dan hati, ambil hak kau saja!

*Doa murahkan rezeki Amin

Friday, June 10, 2011

MengHarap KasiH Sayang Allah

Sekarang ini, kita dapat lihat di sekeliling kita pelbagai masalah berlaku dalam pelbagai aspek terutama aspek morality dan sosial. Sekeliling kita berlaku pembuangan bayi, isu mat rempit yang tidak pernah berkesudahan, seks dan fitnah serta akhlak remaja yang kian runtuh.

Aku melihat punca masalah ini kerana kita kurang mendapat kasih sayang dari Allah. Ini yang aku rasa.Lihat saja pada kejadian sekarang, masalah negatif semakin berleluasa dan paling sedih berlaku pada orang Islam sendiri.Pelik bukan.Kita sedia maklum Islam agama yang selamat, tenang dan harmoni. Kejadian yang berlaku seolah2 kita ini hilang panduan hidup. Fitnah yang mengaibkan berlaku macam itu sahaja sedangkan di dalam Islam ada undang undang tersendiri untuk menyabitkan kesalahan tersebut.

Masalah keruntuhan moral di kalangan remaja yang tidak pernah habis di bincangkan. Sekali lagi ia melibatkan remaja Islam yang sepatutnya bakal menjadi pemimpin masa depan. Sedih sekali melihat mereka ini hanyut membuang masa sedangkan masa yang ada itu boleh di gunakan untuk mengumpul ilmu seboleh mungkin untuk bekalan masa depan.

Aku sendiri berhadapan dengan seorang yang mempunyai sikap yang sangat tidak elok untuk di contohi. Seorang pemimpin yang sangat rendah akhlaknya pada pandangan mata aku.Maaf. Bunyinya mungkin tidak sedap di dengar.Tapi itu hakikat.

Jadi aku merasakan bila kita hilang dari pandangan Allah, masalah2 ini timbul,Tuhan tidak memberikan petunjuk dan hidayah , kita hilang arah tujuan serta pedoman hidup.Sedangkan hidup di dunia sementara, ia adalah tempat persinggahan dan akhirat itu kekal abadi. Di akhirat kelak, setiap perbuatan kita didunia bakal di tayang kan satu persatu seperti kita melihat wayang gambar di cinema2.Allahuakbar, masa itu kita rasa sangat menyesal dan mahu membetulkan keadaan . Tapi, sudah tidak berguna lagi.

Jadi, marilah kita sedar dan berdoa untuk meminta petunjuk , hidayah dan kasih sayang Allah. Itu yang penting. Melihat pada senario sekarang , aku sangat sedih. Bagaimana kita melihat seorang anak yang hilang kasih sayang kedua ibu bapanya , hidupnya terumbang ambing.Apatah lagi kita hilang rahmat dan kasih sayang Allah, Tuhan yang Menciptakan Kita Semua.

Perbetulkan solat 5 waktu kita, itu PENTING sebab perkara pertama yang akan di hisab ialah Solat Lima Waktu. Tidak guna kita berbuat kebajikan yang baik tapi solat tidak di jaga rapi. Seringkali kita dengar ustaz/ah menyebut sekiranya solat kita baik maka baiklah akhlak kita. InsyaAllah sekiranya kita jaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia juga baik secara automatik.

*Ya Allah, rahmatilah kami .Jadikan kami HambaMu yang taat pada perintah dan larangan Mu.Limpahkan hati kami dengan HidayahMu Berikan Kami kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin

Thursday, June 2, 2011

Pentingnya IstikHaRah

Bercakap mengenai ISTIKHARAH sama bercakap mengenai JODOH. Ya, tidak dinafikan tetapi istikharah juga boleh di lakukan sekiranya kita berada di dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang mempunyai satu,dua atau lebih pilihan. Aku masih beristikharah mengenai soal perhubungan aku dengan Dia.Masih belum menemukan jawapan yang pasti.Keliru dengan rasa hati yang ada.

Selain itu aku juga melakukan istikharah dalam sekecil2 perkara sebab aku adalah seorang yang cepat confused.Contoh, nak beli t shirt untuk adik adik aku nampak macam kecil saja kan.Tapi aku seorang yang cepat keliru, ada bermacam pilihan t shirt depan mata tidak tahu mana yang sesuai. Lantas aku membaca doa istikharah dan pejam mata and i pick the right one.Bila adik aku pakai It fits him nicely.Alhamdulillah.

Sebab itu bila aku solat istikharah , aku mohon Allah berikan aku petunjuk dalam membuat pilihan dari sekecil2 perkara hingga lah sebesar2 perkara.Alhamdulillah i reach the right decision.

Apa petunjuk istikharah yang aku selalu dapat? Orang kata bila istikharah dapat petunjuk melalui mimpi.Mungkin ya bagi sesetengah orang.Bagi aku tidak. Aku hanya dapat petunjuk melalui gerakan hati.Orang kata boleh percayakah dengan bisikan hati mungkin itu bisikan syaitan.Ya aku tahu. Aku tidak tahu bagaimana mahu 'xplain' rasa hati aku tapi bila aku dapat rasa , aku tahu itu adalah keputusannya.


Aku juga pernah keliru dengan gerakan hati.Contoh, aku buat istikharah beberapa bulan sebelum mendaftarkan diri menjadi student master di UPM. Pada mulanya, aku berasa yakin dengan gerakan hati tapi ada 'something' yang aku rasa tidak selesa bila mana aku selesai urusan pendaftaran, malah sudah dua minngu hadir kelas kelas tersebut. Aku seolah2 menafikan rasa hati yang ada itu, aku cuba 'melawan' tapi akhirnya aku kalah. Rupanya, belum rezeki aku lagi untuk sambung master di ketika ini. Tuhan punya rancangan yang lebih baik untuk aku.


Macam mana nak yakin itu adalah keputusannya?Aku solat dan doa dengan setulus hati insyaAllah akan menemui jawapan.Syarat memang kena yakin betul2 dengan keputusan tuh dan rela serta redha terima apa pun balasan/akibatnya.


Jadi, amalkanlah Istikharah selalu sesungguhnya tidak rugi kerana kita minta sesuatu dengan Allah yang Maha Luas ilmunya.Bila kita memohon doa, yakin akan perkara yang kita hajati itu memberi manfaat dan kebaikan kepada kita. On top of that, believe that if Allah doesn't grant the Prayers, He plans better for us not the worst. Allah is Ar-Rahman n Ar Rahim.He loves us. He is soooooo Close to us. Allah listens to us and He wont break His Promise.InsYaAllah. Amin..

Tuesday, May 24, 2011

Sad Vs Good

This month got good and bad news

GOOD NEWS

Me and him have re-started our relationship Alhamdulillah.May Allah bless this relationship till the end.Pray that we have the opportunity to the next stage.Allah, please ease the way.

A friend of mine, zana got his Mr Right as well alhamdulillah, it happened so fast.Bak kata orang tua tua kalu sudah jodoh tuh dekat n cepat ja.Moga korang juga akan berjaya ke next stage.She is so happy, berseri seri and semangat.Ye la, da satu tempat keja kan.Congrats...

Alhamdulillah...

SAD News

Some of my friends will leave the company...really sad and frustrated..
Sudah rezki.Selalu berharap the next person is ME.Really hope and wish i'm the next.
Allah,perkenankan doa hamba Mu ini...


* Allah knows the BEST....

Thursday, April 28, 2011

BOOks

i've just bought three books to read in the office.
Learn to be more motivated and patient
Hard for me to think positive lately
Dont know why
Satanic whispers seem more powerful than my heart
sigh
Please Allah
Strengthen my heart
Dont make me among the losers
I dont want to lose hope
Lighten my way and heart
Allah wont break His PROMISE
Keep on praying SOFIAH
Dont give up

Allah is with you no matter what..SABARLAH HATI

Monday, April 25, 2011

Motivated

Last night when i'm about to sleep i promise myself to be more motivated and inspired today. I came to office today with full of energy and happy . I hope its remain till the end of the day.amin.

I started the day with

"Bismillahirrahmanirrahim"

Sorrow gone.

Friday, April 22, 2011

I dont please people

i have just received my increment half an hour ago. I am feeling very grateful and thankful to Allah for this present after one year been working here.Alhamdulillah.My boss, before he handed me the letter, said that two person will evaluate my performance starting today which are him and the manager. HAHAA very funny do i care about that? who do u think you are? for your info, i dont need to please both of u in order for me to get the increment.All this while i do my job for Allah , not to show i'm good or what but this is real.if i please you Mr Boss, i'll become more tension why?because u like to curse people.hmm u think people can stand on your cursing everytime u get mad?crazy..Me? i have to be more patient because i keep thinking that this is part from Allah's test to me.I can resign at any time i like because i cant stand anymore with your cursing.But, i still here to assist you so that your jobs are clear n smooth.i just ignore those cursing words although its hurt me enough.So please la,when the right time comes, i have to leave you..May Allah bless me Amin..this is my prayer all this while..

......

Alhamdulillah
Company bagi increment
Terima Kasih

But,
I still need and want a new environment
Please Allah
respond to all my prayers
show me the way
let me do something
please Allah
please Allah
Please Allah
answer me....

Tuesday, April 12, 2011

Doa UntUk OpAh



Ya Allah
Panjangkan umur opah
Beri kesempatan kepada dia untuk melihat cucu cucunya berjaya
Ya Allah
Berikannya kekuatan untuk teruskan hidup ini
Berikannya kekuatan untuk melawan penyakit itu
Jangan jadikan dia seorang yang putus asa
kami sayangi dia Ya Allah


Opah,
kuatkan semangat ye
kami semua sayang opah
jangan putus asa
opah
bangunlah


Politic

selalu aku dengar hal hal berkaitan tikam belakang kat tempat kerja or politik kotor ni.Sejak aku belajar lagi. Mula2 memang macam xnak percaya ye la kalu ikut aku nk buat apa main kotor or tidak amanah kat tmpat kerja sebab hasilnya nanti ko nak makan ,derma nak buat ibadah so kena buat kerja bersih jangan main kotor. Tapi aku selalu doa hindarkan aku dlm golongan itu. Makcik aku adalah salah seorang mangsa politik kotor di tempat kerjanya sehingga dia berhenti.banayak nasihat kat aku supaya berhati hati dengan golongan tersebut.alhamdulillah aku pegang nasihat die.

one of my friends wants to resign from this company. why?she was pressured by the upper level because of simple mistake that "we' dont really understand. In fact she was asked by the higher authority to say sorry to her boss why? her boss did her job while she took EL on the next day. hahaha it was so funny ok. a day before, my friend came to me and cried. she told me everything. i cant make any judgment but the auditor asked about the file she gave the file to them. was it wrong? they are the auditors. her boss always busy with 'something' .since the day 1 auditors came, she always not in the office.let my friend entertain the auditors. thus , she simply put the blame on my friend. i cant really understand why this happen? you should check any secret document from being known by the auditors. dont blame others for that. you are the manager you know what's secret and what's not. i tell my friend dont give up continue your job as usual although she has written the resignation letter.

For me, i take it as lesson and i pray to Allah avoid me from this thing. i believe that do your job at very best inshaAllah you will safe. i hold abah's word dont do your job for people but do your job sincerely because of Allah. it comes with a package, Allah recognizes your job and later people will see your ability and skill. Believe me. it really works. For my friend, be strong dear there is HIKMAH behind all these(she faces a lots of difficulties with her boss throughout this year). Allah knows. Be patient that the best i could say to you (you dont read this blog i know) deep inside my heart i pray the best for you. May u get better job after this.

*O Allah save our soul and heart. Show us the right path...

Thursday, March 31, 2011

My Voice

Suara aku memang kuat , ini diakui oleh ummi abah n adik2. Kat ofis suara aku memang agak kuat sebab xsedar. pastuh suara tu cam garang sket . Kadang bila cakap orang ingt aku marah especially bila aku bercakap dengan semangat ye sampai dorang tunjuk isyarat kat mulut tanda suruh slow la pitching tuh heheh ..siap kawan aku si meor buat permintaan suh aku berubah tahun ni cakap lembu lembut.Itulah kadang2 pepagi before p kerja aku niatkan dalam hati nak cakap slow2 tapi bila jupe budak2 lelaki aku jadi garang haha xtau napa..mungkin sebab adik beradik ramai lelaki jadi suara tu lain sket..ye la nak cakap lembut kang semua xlalu plak kang.. Aku try la ek..tapi xmau cakap ada lenggok2 gedik xmau xmau xmau. aku bercakap dengan tegas tp bernada lembut ha cam gitu so info smpai(comm skill tu)...ngn budak despatch pun kadang2 suka ngusik aku..yang lain2 pun sm tambah bila aku ni cepat panas lagi dorang suka ngusik aku senyum ja la..da tau taktik dorang hahah tapi bila aku marah semua diam sebab tu aku pilih untuk marah dalam keadaan yang betul (right situation) xmau dikata emo xtentu pasal ..tu penting okey imej tuh..


*Bila dengan Tuhan, aku memilih pitching yang "rendah" tanda ketaatan padaNya..

Komunikasi

Hari ni nak cakap pasal komunikasi. Why this important? Nampak simple kan tapi berapa ramai yang faham n apply the skill in everyday's life?me included as well. I studied communication two years back at IIUM. At first, it wasn't in my list of choice .Abah suh amek heheh katanya Communication is wide subject u can go anywhere(abah spoke in malay okeh) macam gitu la..ingat lagi masa nak pilih major based on pointer first sem, abah berkebetulan buat umrah aku minx dia doakan kalu ada rezeki aku ngn course communication ni minta Allah permudahkan..alhamdulillah bila apply senang plak dapat so memang da jodoh la kan.

Bila blajar tuh xde la nmpak lagi kepentingan kan biasala untuk belajar n lulus n grad dari IIUM. Tapi bila da kerja baru nampak kesannya. Cara nak bercakap melambang peribadi seseorang. Tambah bila aku keja jaga bos ni kan macam2 panggilan dapat, cara nak jawab phone kena berhemah, cara nak tolak permintaan juga kena berhemah demi menjaga imej bos n company. Begitu juga perhubungan dengan kawan2 ofis.

aku ni dulu skolah pumpuan sume masa form 4 n form 5 , lelaki hanya ustaz n tukang kebun. bila masuk matrik uia kan campur laki n pmpuan. Aku jadi xreti plak nak socialize ngn laki laki2 malu sesangat nak tengok anak mata pun malu(punyalah segan) bawaklah masuk p main camp ada rasa segan sket2 tapi try buang la kan nnti dikata sombong. Bila masuk kerja aku xbole cam tuh kena bersosial tapi ada batas. tu penting. ada gak lelaki2 ni kan suka nk dok rapat2 lantas communication skill aku guna dgn berkata "pe dekat2 ni jauh2 sket nnti ada hati yang terluka" selalunya dorang gelak sbb ingt aku melawak. Lantak la asalkan mesej smpai ..kadang2 aku dok jauh dr org tuh bila nak cakap.tu pon comm skill gak aka body language kan...kena jaga beb penting sosial cemana pun adab kena jaga.

da melalut da ni, kenapa komunikasi penting bagi aku la..pertama , aku nak maklumat disampaikan dengan baik dan betul. aku xsuka kalu info xclear paling pantang bila tnya sapa patut in charge something dorang main tolak2 ..pantang tuh (pantang sesapa pun kan). Kedua , aku xsuka sebenarnya cakap2 belakang (baca= mengumpat) aku ni xdela sempurna tapi mahu la jadi sempurna sebagai muslimah ..mengumpat ni terang2 dalam hadis tidak dibenarkan dalam Islam so kena follow la the guidance kan..kalu xsuka fikir ayat yang terbaik untuk luahkan walaupun kadang2 aku terbagi sedas dua kat orang tu sebab ayat baik2 ko xmau faham meh aku bagi direct xsusah pun...kat ofis dorang kata aku berani adoyai bukan berani tapi aku xsuka bila korang xdapat meluahkan kat orang yang sepatutnya jadi meh sini aku tolong sampaikan. ketiga , komunikasi penting untuk melebarkan sayap hahaha ye la untuk bersosial kan..kena blajar ni..again jaga adab bila bersosial tu yang aku pegang sekarang..harap dapat istiqamah..orang kata ko ustazah n alim amin kan je..lagi baik dari cakap yang bukan2 sebab kata2 yang baik itu doa inshaAllah.

*Komunikasi dengan Allah juga kena "beratkan" ..tu laaagii penting....

Wednesday, March 30, 2011

Aku Di UJi

Ya Allah,
Berikanlah aku kekuatan
Aku tidak tahu
Sungguh tidak tahu apa perasaan ini
Tidak sabarkah aku?
Berkali2 aku mohon pada Mu
Namun belum berjawab
Sungguh kali ini aku minta dengan penuh pengharapan
Kau perkenankan doa aku
Rasa da x sanggup nak hadapi
Berat sangat
Tidak boleh da ni..
Tunjuk aku jalan

Berikan aku kebahagiaan di dunia dan Akhirat

*Tolong Ya Allah, benar aku mengharap....

Thursday, March 24, 2011

Double Meaning

Nowadays, sex is received as common thing in our society. Malaysian politicians now talk about "the video" which is we do not know the originality of the tape , whether it's created or real. Yes, it is just a waste for few people to discuss about this. But, can u think further about the effect of this situation in the future??People involve in this "scene" is malay aka muslim. So sad to think of it as if we have no other thing/matter to be used as weapon to make the other party falls as the election around the corner. Not only politicians like to talk about the sex but the common people do as well.

some words in malay have double meaning which lead to negative meaning. i really hate this especially when uneducated people say this in front of me. by uneducated means people who have no manner or like to think "yellow" (baca:otak kuning) plus expressing their face like hell and laugh like silly once u mention that word. sentences like jom main, kain sarung , hisap etc make me think not twist but more to say it in front of them. they laughed like hell when those words came out from my mouth yesterday. I was laugh at first too but they keep repeating the sentences that i've made till i get annoyed. i left the group after all.

Why they like to think like this ek. in fact in Raja Lawak finale recently, they used those words to make other people laugh.oh come on la, the program is watched by kids too . think the sensitivity as well. i felt shame when my brother once asked me what is condom?(it was during anwar's first trial on sodomy) at that time i was speechless and didn't know how to react. like my aunt says, now we have to tell the truth to the kids, explain to them the real or else they may get confused in the future.

We want to build better generation in the future because they will be the leader. Looking at the scenario nowadays, i am worry so much. i've seen a 2yr old boy says bangang, bodoh etc.oh my God, a little one can say that word. I am worry that i could not raise my child in such better way according to islamic way. I pray to Allah i want my future children be protected from saying those bad words,please la those parents esp muslim teach your children to behave in such a nice way. i've met parents proudly telling me their children love lady gaga so much. Allahuakbar, deep in my heart i really sad, there are muslim. Why dont the parent tell about our prophets, oness of Allah(tauhid) instead of that lady to the children.May Allah protect us from doing bad thing.Nauzubillah.

i really hope that muslim can unite together esp now. Tsunami, earthquake, war are those signal from Allah. Let's us get back to Allah and pray we'll be safe.

Wednesday, March 23, 2011

Patah Hati II

dalam minggu ini aku rasa patah hati dengan seseorang yang aku xkenal sangat pon dan die definitely not knowing me as well. it sounds ridiculous and funny but yes i am in deeply madly frustrated with that person.huwargh tensi sangat emo pagi ni hahahha

*i should fix this asap or else i'm gonna crazy huhuhu

Tuesday, March 22, 2011

Tuhan Pasti Tahu

Pagi tadi time nak p kerja sambil farah panaskan enjin kereta, tangan aku press punat radio terdengar di hot fm berkenaan dialog yang anda ingati dalam any drama/filem.

Lantas aku teringat kalimah ini, " Tuhan Pasti Tahu". Kalimat ini sangat menusuk kalbu saat dilafazkan oleh pelakon itu dalam filem Emak Ingin naik Haji. Dan kalimah tersebut dilafazkan oleh 'emak' itu. Ya, Tuhan pasti tahu semua mengenai hambaNYa. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik.Jadi sandarkan padanya.

Dalam cerita tersebut, emak teringin sangat mahu menunaikan haji jadi sering menyimpan duit untuk menjadikan impian itu realiti. kehidupan susah menjadikannya semakin kuat untuk menyimpan.Mempunyai seorang anak lelaki aka duda bekerja sebagai pelukis jalanan. Namun dugaan menimpa bila cucu sakit dan memerlukan duit jadi emak memberi duit demi kesihatan cucu. Mahu dijadikan cerita bekas menantu menggunakan duit lebihan belanja perubatan si anak lalu diberikan kepada suami baru untuk membayar hutang bank. Si anak lelaki mengamuk maka terjadi pergaduhan.
Anak lelaki ini mencuba sedaya upaya untuk menunaikan hajat emak ini. Terdengar di shopping mall, sekiranya berbelanja sebnyak 100ribu rupiah berkelayakan untuk masuk pertandingan yang dianjurkan dan hadiahnya adalah pakej haji.Lalu si anak yang bekerja sambilan dengan orang kaya selalu mengutip resit yang dibelanja oleh majikan kaya ini. sudah menjadi rezeki, mereka menang hadiah tersebut. Namun , rezeki tidak menyebelahi mereka apabila si anak terbabit dalam kemalangan sewaktu mahu menebus hadiah tersebut.Lalu terlepas. Anak lelaki ini menjadi frust dan menyalahkn keadaan diri sendiri.Di saat lemah itu, ibu memujuk nya dengan kata2 "Tuhan Pasti Tahu, hajat emak mahu ke Mekah. belom rezeki lagi(lebih macam tu la ayat).

Sudah menjadi rezeki si emak ini bila menantu orang kaya bernazar untuk membawa seseorang ke Mekah dengan menanggung semua perbelanjaan sekiranya dia selamat melahirkan anak secara normal. Si Emak terpilih. Anak lelaki turut di tanggung.SubhanaAllah. Selama ini bersusah payah anak beranak mengumpul wang rupa rupanya Allah ganti dengan lagi best.tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan pun.

Kisah ini menjadi iktibar untuk aku untuk memperbaiki hubungan aku dengan Allah.

Thursday, March 10, 2011

Alhamdulillah 'ala kulli hal

Alhamdulillah
Di saat orang lain sibuk memikirkan status mereka di company ini, aku wajib bersyukur kerana aku menerima offer sebulan lebih awal
Alhamdulillah
Bilamana orang lain susah mencari housemate, aku dipermudahkan Allah untuk mendapatkan seseorang tidak kurang daripada 24 jam
Alhamdulillah
Bila aku decide untuk balik kampung,Allah permudahkan aku untuk dapatkan tiket dan bos pun xda hal nak lepaskan awal.
Alhamdulillah
Waktu aku cuti or mc bos xde nak call or sms pasal kerja , jadi aku dapat rehat dengan aman
Alhamdulillah
Masih ada yang menyayangi
Alhamdulillah
Dengan rezeki yang ada, aku mampu belanja famili aku makan besar dan jalan2.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Cuma ujian yang 'satu' ini , malu aku pada Allah kalu aku tidak dapat 'lepas' dengan baik. Nauzubillah.



Wednesday, March 9, 2011

KeLiRU

Alhamdulillah baru sebentar tadi dapat surat status aku permanent kat company ni.?Reaksi?Keliru Sebab? rasa hati aku sekarang sama seperti waktu aku terima offer buat master hari tuh.Tiada sedih tiada gembira tiada apa..sungguh heartless fokus aku satu ja nak dapatkan yang betul serasi dengan aku.kerja yang aku bole buktikan kemampuan aku..Bukan aku tidak redha sungguh aku xmau jadi hamba yang kufur nikmat tapi......

Aku masih berharap dengan peluang itu
Ya Allah
Kau Maha Mendengar
Tolong aku Ya Rabbi
Sujud aku mohon kekuatan untuk teruskan perjuangan ini


*Jangan Kau bolak balik kan hati ku.tetapkan hati aku pada agamaMu.Ini cumalah satu ujian untuk mendekat aku kepada Mu.Berikan aku kekuatan.

Monday, March 7, 2011

Ummi's Day

alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi memanjang umur ummi hingga ke hari ini. Pagi tadi telefon and wish ummi she seems happy alhamdulillah. Next week we're going to celebrate inshaallah. Next week juga along bertunang congrats.

Bercerita pasal ummi, beliau seorang yang tawadhuk (makcu jannah yang kata). Ummi juga seorang yang sensitif dan tegas. Yang aku pasti kalu kitorang ada buat salah pasti dapat cash masa tu jugak.Doa ummi sangat kuat .Betul kata Allah, redha Allah bersama dengan redha kedua orang tua.banyak kali juga insiden yang berlaku memang terhalang kerana doa ummi. MasyaAllah. Kalu ummi xsuka sesuatu die diam sebab ummi sgt sensitif. Jadi nak minx sesuatu dengan die esp serious matter kena tggu die buka mulut dl baru bole bincang pjg kalu x jangan la...memang ada macam2 halangan .

Ummi seorang surirumah sepenuh masa jadi ummi sangat rajin x betah dok diam ada je keja die nak buat.kalu die dok diam die tidoq . Kalu kitorang semua adik beradik ada macam2 umi masak kadang2 die buat biskut n kek untuk kitorang bawa balik sebagai bekalan. Ummi teror buat kek aku ja x sempat belajar bukan pa malas hehehe .

Dalam usia 51 tahun, umi masih sihat tiada penyakit yang serius alhamdulillah cuma ummi sakit lutut susah nak bangun kalu duduk moga Allah sembuhkan penyakit itu. Aku harap dapat capai kan impian ummi nak pegi mekah buat umrah n haji InshaAllah amin..


Aku masih memerlukan doa ummi untuk hidup kat dunia nih.Ya Allah Kau panjang usia ummi agar kami adik beradik dapat membahagiakannya di dunia dan di akhirat.Perkenankan doa hamba Mu ini Amin

BUKA HATI

Ya Allah
Seandainya ini lah jalan ku
Kau bukakan pintu hatiku seluas luasnya
Terangkan jalan ku
Mudah2an aku dapat pelajari sesuatu di sini


Ya Allah
Aku masih berharap pada harapan itu
Setulus hati
Ya Allah
Perkenankan doa hamba Mu ini
Berikan aku kebahagiaan
di dunia dan di akhirat

Amin

Friday, February 25, 2011

DiDik Hati

Alhamdulillah syukur masih diberikan peluang untuk bernafas.

Aku sekarang dalam mode PMS (Protest Mode in Silent). sebab? macam macam ada dalam kepala ni nak buat itu ini tapi tersekat.Aku pegang satu yang satu lagi terlepas. Aduh rasa nak terduduk dah. Tapi cuba kuatkan hati nk dapatkan jugak. Kadang 2 aku fikir adakah aku cuba melawan kuasa Tuhan? Ya, Tuhan suruh berusaha dan bertawakal. Setiap hari aku doa usaha? tidak tahu nak cakap sebab aku rasa cm aku kurang usaha tp aku cuba untuk memaksimakan usaha.

Sukarnya nak didik hati untuk Sabar. Benar Hadis Nabi mengatakan Sabar itu sebahagian daripada Iman. Itu yang aku cuba SABAR. Tapi susahnya adoyai..

Jenuh mencari jawapan untuk semua persoalan. Tapi aku tau punca pada persoalan aku adalah kena Sabar n memaksimakan usaha selebihnya Tawakal.

Apa yang aku pk terbaik untuk aku tidak semestinya terbaik di sisi Allah. itulah yang aku pegang sekarang. Setiap yang aku usahakan ada ganjaran. Bak kata orang, Kalu da rezeki memang milik kita buat cemana pun tetap milik kita. Cuma Ini ujian Allah nak bagi kena terima plus setiap ujian itu ada ganjaran.

Bak kata para ustaz, jangan terlampau kejarkan dunia sangat sampai akhirat tertinggal jauh ke belakang.Tapi lebihkan akhirat insyaAllah dunia pun dapat sama gak. Dunia sekarang pon tgh bergolak. Jangan sampai pintu Taubat tertutup masa tuh baru nak menyesal. Jadi sekarang nih kena kuat. Pegang tali denagn Tuhan itu sekuat-kuatnya.

* Tidak mahu tersungkur di depan pintu Syurga sahaja. Mahu merasai nikmat di dalamnya

Tuesday, February 8, 2011

Show Me the Way

betulkah apa aku buat ni?
kenapa "tercetus" petang ni?
Tuhan
Tunjukkan aku jalan
Rasa lemah sekarang nih
Mungkinkah ini yang terbaik?
Sungguh
aku x mampu tahan perasaan ni
kelirukah aku?
Aduh


*biar masa menentukan
Maaf ada hati yang 'terluka'

Monday, February 7, 2011

Famili Day 2011

Alhamdulillah bersykur tamat sudah program berkumpul semua ahli keluarga sebelah abah..it went well terima kasih sume yang terlibat.malu gak aku nih dapat hadiah ajk tp wt keja sket ja..heheh

harap next 2 years ada yg bole organized..memerlukan komitment yang tiggi..insyaallah harap ada yang akan membantu..

Friday, January 14, 2011

Jan 2011

Syukur alhamdulillah masih di beri olehNya untuk hirup udara segar ..masih memiliki nikmat Iman Dan Islam..allahuakbar alhamdulillah

Permulaan tahun baru aku agak 'low' di mana ada sedikit ujian Allah bagi.

First two weeks of Jan, aku menjadi seorang pelajar di UPM. Konon mahu meneruskan master dalam corp Comm, namun setelah menimbang semua keadaan termasuk yang utama soal keselamatan diri aku terpaksa undur diri untuk seketika.Keputusan itu jelas megejutkan semua rakan2 baik di ofis mahupun di pejabat, tapi tidak pada famili aku n mie. Kata mereka, buat apa ni hanya kerana tiada transport aku goyah. Ya memang itu sebabnya. Aku jelaskan, apa perasaan korang saat menunggu bus seorang diri tiada teman pada jam 10 mlm ada bus masuk tapi penumpang hanya aku seorang...ayat2 al-Quran menjadi pendamping. aku tidak bole tahan aku tidak mahu sesuatu buruk berlaku then only aku menyesal n word "KALAU" sentiasa bermain di bibir. nauzubillah. aku bertindak selepas beristikharah n memohon keizinan abah untuk defer my sem until my heart is open to continue it. buat masa master bukan untuk aku.Let me focus on my task right now.

*****

HAri ini Jum (14 jan 2011) makcu aku bakal di bedah selepas doctor diagnos die menghidap breast cancer.Allahuakbar sesuatu yang berat untuk di terima oleh kami sekeluarga. baru setahun berkahwin ,Allah uji mereka . Sebelah breast di buang. Lantas umi n makcik2 segera membuat ujian atas nasihat doctor kerana sudah ada cancer history in the family. Allah Kau jauhkan kami dari ujian yang berat untuk kami tanggung.Amin.
semoga pakcu n makcu di beri kekuatan n ketabahan untuk meneruskan ujian ini.

****

Semoga tahun ini memberi rahmat buat diriku n family.