Sekarang ini, kita dapat lihat di sekeliling kita pelbagai masalah berlaku dalam pelbagai aspek terutama aspek morality dan sosial. Sekeliling kita berlaku pembuangan bayi, isu mat rempit yang tidak pernah berkesudahan, seks dan fitnah serta akhlak remaja yang kian runtuh.
Aku melihat punca masalah ini kerana kita kurang mendapat kasih sayang dari Allah. Ini yang aku rasa.Lihat saja pada kejadian sekarang, masalah negatif semakin berleluasa dan paling sedih berlaku pada orang Islam sendiri.Pelik bukan.Kita sedia maklum Islam agama yang selamat, tenang dan harmoni. Kejadian yang berlaku seolah2 kita ini hilang panduan hidup. Fitnah yang mengaibkan berlaku macam itu sahaja sedangkan di dalam Islam ada undang undang tersendiri untuk menyabitkan kesalahan tersebut.
Masalah keruntuhan moral di kalangan remaja yang tidak pernah habis di bincangkan. Sekali lagi ia melibatkan remaja Islam yang sepatutnya bakal menjadi pemimpin masa depan. Sedih sekali melihat mereka ini hanyut membuang masa sedangkan masa yang ada itu boleh di gunakan untuk mengumpul ilmu seboleh mungkin untuk bekalan masa depan.
Aku sendiri berhadapan dengan seorang yang mempunyai sikap yang sangat tidak elok untuk di contohi. Seorang pemimpin yang sangat rendah akhlaknya pada pandangan mata aku.Maaf. Bunyinya mungkin tidak sedap di dengar.Tapi itu hakikat.
Jadi aku merasakan bila kita hilang dari pandangan Allah, masalah2 ini timbul,Tuhan tidak memberikan petunjuk dan hidayah , kita hilang arah tujuan serta pedoman hidup.Sedangkan hidup di dunia sementara, ia adalah tempat persinggahan dan akhirat itu kekal abadi. Di akhirat kelak, setiap perbuatan kita didunia bakal di tayang kan satu persatu seperti kita melihat wayang gambar di cinema2.Allahuakbar, masa itu kita rasa sangat menyesal dan mahu membetulkan keadaan . Tapi, sudah tidak berguna lagi.
Jadi, marilah kita sedar dan berdoa untuk meminta petunjuk , hidayah dan kasih sayang Allah. Itu yang penting. Melihat pada senario sekarang , aku sangat sedih. Bagaimana kita melihat seorang anak yang hilang kasih sayang kedua ibu bapanya , hidupnya terumbang ambing.Apatah lagi kita hilang rahmat dan kasih sayang Allah, Tuhan yang Menciptakan Kita Semua.
Perbetulkan solat 5 waktu kita, itu PENTING sebab perkara pertama yang akan di hisab ialah Solat Lima Waktu. Tidak guna kita berbuat kebajikan yang baik tapi solat tidak di jaga rapi. Seringkali kita dengar ustaz/ah menyebut sekiranya solat kita baik maka baiklah akhlak kita. InsyaAllah sekiranya kita jaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia juga baik secara automatik.
*Ya Allah, rahmatilah kami .Jadikan kami HambaMu yang taat pada perintah dan larangan Mu.Limpahkan hati kami dengan HidayahMu Berikan Kami kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin
No comments:
Post a Comment