Tuesday, March 22, 2011

Tuhan Pasti Tahu

Pagi tadi time nak p kerja sambil farah panaskan enjin kereta, tangan aku press punat radio terdengar di hot fm berkenaan dialog yang anda ingati dalam any drama/filem.

Lantas aku teringat kalimah ini, " Tuhan Pasti Tahu". Kalimat ini sangat menusuk kalbu saat dilafazkan oleh pelakon itu dalam filem Emak Ingin naik Haji. Dan kalimah tersebut dilafazkan oleh 'emak' itu. Ya, Tuhan pasti tahu semua mengenai hambaNYa. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik.Jadi sandarkan padanya.

Dalam cerita tersebut, emak teringin sangat mahu menunaikan haji jadi sering menyimpan duit untuk menjadikan impian itu realiti. kehidupan susah menjadikannya semakin kuat untuk menyimpan.Mempunyai seorang anak lelaki aka duda bekerja sebagai pelukis jalanan. Namun dugaan menimpa bila cucu sakit dan memerlukan duit jadi emak memberi duit demi kesihatan cucu. Mahu dijadikan cerita bekas menantu menggunakan duit lebihan belanja perubatan si anak lalu diberikan kepada suami baru untuk membayar hutang bank. Si anak lelaki mengamuk maka terjadi pergaduhan.
Anak lelaki ini mencuba sedaya upaya untuk menunaikan hajat emak ini. Terdengar di shopping mall, sekiranya berbelanja sebnyak 100ribu rupiah berkelayakan untuk masuk pertandingan yang dianjurkan dan hadiahnya adalah pakej haji.Lalu si anak yang bekerja sambilan dengan orang kaya selalu mengutip resit yang dibelanja oleh majikan kaya ini. sudah menjadi rezeki, mereka menang hadiah tersebut. Namun , rezeki tidak menyebelahi mereka apabila si anak terbabit dalam kemalangan sewaktu mahu menebus hadiah tersebut.Lalu terlepas. Anak lelaki ini menjadi frust dan menyalahkn keadaan diri sendiri.Di saat lemah itu, ibu memujuk nya dengan kata2 "Tuhan Pasti Tahu, hajat emak mahu ke Mekah. belom rezeki lagi(lebih macam tu la ayat).

Sudah menjadi rezeki si emak ini bila menantu orang kaya bernazar untuk membawa seseorang ke Mekah dengan menanggung semua perbelanjaan sekiranya dia selamat melahirkan anak secara normal. Si Emak terpilih. Anak lelaki turut di tanggung.SubhanaAllah. Selama ini bersusah payah anak beranak mengumpul wang rupa rupanya Allah ganti dengan lagi best.tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan pun.

Kisah ini menjadi iktibar untuk aku untuk memperbaiki hubungan aku dengan Allah.

No comments: