Wednesday, August 26, 2009

Lamaran 2


Lewat petang kelmarin aku mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan di tempat kerja lama.Sekadar bersembang mengisi waktu yang ada (setengah jam before berbuka) ,bertanya khabar. Lalu dia menawarkan satu pekerjaan kepadaku. Aku pernah berada dalam bidang itu biarpun untuk seketika tapi pengalaman itu ada.Katanya tidak salah untuk mencuba. Ada harapan di hujung suaranya.Di akhir perbualan, dia meminta aku memikirkan semula peluang tersebut.

Yang menjadi masalahnya ialah mampukah aku lalui semua itu. Dulu, sewaktu melalui masa itu sungguh perit aku rasa. Sampai nekad untuk tidak mahu kembali ke bidang itu. Tapi sejak akhir2 ini, semangat untuk kembali ke bidang itu memuncak.Pelbagai idea/ilham datang ke kepala. Mungkinkah itu petanda? Aku masih beristikharah.InsyaAllah akan cuba berbincang dengan abah n ummi..

Mungkin ini doa istikharah ku selama ini. Aku mohon agar Allah berikan petunjuk.Aku tidak mahu menolak rezeki sekaligus peluang yang ada.

*Mengintai peluang yang ada...Hikmah Ramadhan

Friday, August 21, 2009

Jom Rebut Peluang...


Esok semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadan..Bulan yang di tunggu..Alhamdulillah aku berpeluang menyambutnya pada tahun ini walaupun tidak dapat bersama keluarga..Insyaalah jumaat depan pulang ke Taiping..

Jom kita rebut peluang yang ada..Bak kata Wahid Melodi Tingkatkan Prestasi dan Amalan Kurangkan Kontroversi hehehh..

Aku mahu merebut peluang tahun ini sebaiknya..Teringat bait bait dalam lirik nasyid yang dinyanyikan Yasin ' andainya ini Ramdhan terakhir bagiku ku harap ia dapat membelaku di akhirat nanti' insyaAllah itu la yang aku harapkan saban tahun..

Dua hari lepas dengar radio Ikim, Rabbani menyanyikan lagu Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan..dalam lirik itu tertulis 'Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka seperti ketibaan orang yang kita cinta'..Subhanallah indahnya kata-kata itu..

*Moga Ramdhan tahun ini membawa sinar baru..InsyaAllah..Amin

Ummi oh Ummi

Lewat malam tadi aku terima call daripada abah mengatakan ummi masuk wad tengah bercakap tetiba talian terputus.Aku jadi gelabah ummi sakit apa? Aku try call abah semula tapi xdapat.try call sidqi die pun xangkat..hati jadi cuak rasa mau terbang ke taiping malam itu juga..Aku try plak telefon rumah..Abah angkat alhamdulillah ada orang pun..Aku pun bertanya lebih lanjut pe yang jadi..Pada mulanya abah kata nanti ummi kol balik sebab masa tu die tengah on9 ngan angah tapi abah explain la serba sikit pe yang jadi..Abah plak xdak pada masa kejadian die ke Putrajaya menguruskan proses perumahan (erk pelik ayat nih)..Tengah sembang ngan abah talian putus plak rupanya credit aku abes..ish..

Tak lama pastuh ummi kol aku pun tanya la..Umi kata die bangun pagi semalam dalam kol 6 pas abah kol.Masa tuh die xrasa sakit lagi boleh lagi siapkan sarapan untuk adik adik nak p skolah pagi tuh dalam kol 7 lebih tasneem datang macam biasa ummi ok lagi. Tak lama pastu ummi rasa nak buang air kecil die p toilet tapi xkuar sangat n die rasa sakit sangat..Lama kelamaan makin sakit ummi pun terbaring ja kat sofa di ruang tamu..Kebetulan abah kol ummi pun cakap la die sakit.abah terus kol Mak jang minx datang tengok ummi nasib baik die kerja petang semalam..Umi plak minx sofiuddin (my bro) telefon ummi tasneem bawa die balik..Mak Jang sampai dalam kol 830 terus bawa ummi p hospital ummi memang xlarat nak jalan pak jang n mak jang papah bawa masuk dalam van..

Sampai di hospital ummi dimasukkan ke wad n masuk air. Doctor masuk kan air abes sebotol ummi xrasa nak ke tandas, doctor cucuk botol ke 2 tapi tersalah masuk kot air tak jalan xlama pastu tangan ummi bengkak (aku jadi marah atas kecuaian doctor) mak jang paggil nurse n die tukar tangan kiri..Masih tidak rasa mahu ke tandas. .umi minx tolong mak jang belikan air mineral abes sebotol umi minum di tambah plak doctor masukkan botol ke 3 baru umi ke tandas..petang dalam kol 3 baru doctor lepaskan umi sampai umah dalam 330. Abah plak sampai dalam kol 4 (baru tiba dari KL). doctor syak umi ada karang(selepas di ultrasound) harap2 xteruk.. hari ni result..

Aku xdapat bayangkan cuma berfikiran positif..aku bitau abah nak balik hari ni (jum) tapi abah kata xda pa ummi ok ja..Aku bukan lah takut dengan kematian cuma tidak bersedia untuk menghadapinya pada ketika ini..Aku belum puas hidup bersama abah ummi n adik2..Aku doa pada Allah panjangkan umur mereka semua agar aku dpat berbakti pada keduanya..

Berita kematian mengejut seringkali aku dengar..Aku berdoa andai kata berlaku pada diriku minta Allah berikan kekuatan..

* Berdoa di panjang kan umur dan dimurahkan rezeki..Mahu sentiasa bersama insan tersayang..

p/s TERIMA KASIH kat mak jang n pak jang di atas kesudian menolong ummi..Hanya Allah
dpat membalasnya....

Tuesday, August 18, 2009

Mehnah @ Dugaan

Dulu-dulu, bile ada masalah aku rasa macam nak lari jauh jauh..aku benci masalah..aku rasa masalah memusnahkan hidup aku..bile ada masalah aku akan diam..bile diam mula lah fikir yang bukan bukan..kadang kadang aku jealous gak ngan kawan kawan yang xda masalah..aku teringin nak jadi macam dorg...always hepi..tapi sampai bile?

Kini aku sedar setiap orang pasti ada masalah bezanya bentuk masalah yang di hadapi tidak sama..aku belajar untuk terima masalah dalam hidup aku dan berfikir secara positif..
kadang-kadang kita nampak orang tu hepi ja tapi dalaman Tuhan je yang tau..Mungkin orang tu mengalami ribuan masalah yang susah atau mengambil masa untuk diselesaikan..

Semakin dewasa ni, aku berjumpe dengan pelbagai orang dan kerenah.Ada antara kawan kawan aku yang aku nmpak macam hepi sesangat rupanya menghadapi pelbagai masalah.Masalah yang lebih teruk dari aku.Aku mula sedar yang masalah aku kecik ja masalah kawan lagi besar.Rasa bersyukur. Sekarang setiap masalah aku hadapi dengan tenang dan positif. Setiap kejadian ada hikmah.Kunci setiap masalah adalah SABAR. SABAR itu kan sebahagian daripada iman.

*Rezeki tidak akan ke mana-mana..

Friday, August 14, 2009

Bersalah

Ketika ini rasa bersalah yang amat...sebelum keluar lunch Puan H ajak p Petronas aku balas bile nak p die ada jawab tapi aku xdengar. Aku paham lepas la lunch la kot macam hari tuh..aku pun malas nak tanya lebih terus keluar p jupe kak una.Lunch ngan kak una belanja (tq, next time my treat k) hehhe borak la kitorang macam macam topik.Dah kenyang makan kami berpisah, aku sampai ofis p toilet n amek wudhuk terus solat. Lepas tu dok balik kat tempat aku tgk ofis Puan H kosong, alamak die da p kot Petronas. Mesti die bengang kat aku..Alahai abes la aku..tggu la pe jadi petang nih...

*mengantuk dalam debar...

Thursday, August 13, 2009

LAMARAN..

aku baru stat keja rabu selepas bercuti dua hari kerana demam..HAri rabu pegi ofis macam biasa

situasi 1:

Puan H: demam da ok?

aku : alhamdulillah da

Puan H: betul demam ke dah dapat offer?

aku : errrrr

(kalu aku dapat offer sekalipun aku akan blah dari company ni dengan cara beradab k)


xlama lepas tu die panggil aku masuk bilik

situasi 2

Puan H: awak sebenarnya nak keja ngan saya ke x? (dengan nada yang garang ala2 army maklum la die kapten)

Aku :(sambil tersengih n terkejut) err kalu Puan nak saya antar resume saya antar la..

Puan H: (muka agak terkejut) saya bukan pe ada information yang xleh di email kt yahoo kena guna email company..

Aku : (rasa serba salah )

sekarang dalam dilema andai kata aku digajikan di sini alhamdulillah la tapi aku xsuka company ni tambah dok kt department nih aku xbape minat..sekarang tengah tunggu bernama kawan kata lagi sebulan baru panggil interview huhu lama tuh..bos aku plak x bagi keja sebab bnyak confidential documents die xberani nak serah..alih2 setiap hari aku melangut..sungguh bosan..argh...

*menunggu lamaran dari sangkekasih hahahah

al-fatihah

masih dalam keadaan terkejut dengan kematian ustaz asri rabbani..dari kecik smpai la aku suka dengar suara die especially time selawat,azan and takbir raya..angah sempat interview die semalam..teringat jumpe arwah beberapa tahun lepas sangat la low profile..

moga rohnya bersama orang yang beriman..

al fatihah

amin

Thursday, August 6, 2009

Wednesday, August 5, 2009

H1N1 vs Gula

sehingga pagi tadi, sudah 9 kematian membabitkan wabak H1N1 ni..Risau betul setiap hari meningkat angka kematian, yang disahkan positif terkena wabak ni pun sama naik..Aku yang selalu naik pengangkutan awam ni berisiko terdedah untuk mendapat penyakit ni..Risau sungguh..sekarang pun da stat batuk-batuk.Aku hangin betul kat orang sebelah aku masa naik bas waktu nak pulang ke KL,mamat cina batuk tak henti2 plak tuh x tutup mulut.Aku da bagi signal dia buat tak paham plak..alih2 sekarang aku yang dapat batuk..eeii geram geram.. semalam aku google doa elak penyakit berjangkit..dapat satu aku amal doa tuh moga2 jadi pelindung..amin..balik mggu ni nak minx doa elak penyakit berjangkit kat umi..last wik blik terlupa plak nak minx..abah kata nk scan n email tunggu punya tunggu xdapat2 pun..

Sama naik ngan isu ini ialah kekurangan gula..macam2 alahai dunia oh dunia...satu2 dugaan menimpa..moga isu gula dapat selesai segera..bak kata housemate aku malam tadi tahun kueh raya xde rasa ek..heheh...

*memikir2 jenis kueh raya untuk di bawa pulang..heheh