Thursday, May 27, 2010

SelaMat Hari LahIr to AbAh


Hari ini 27 Mei 2010 adalah hari lahir abah yang ke-52...Sampai ja ofis tadi , aku terus call abah (guna tepon ofis sebab credit da abes).Masa dia angkat tu dengar bunyi bising bising kat belakang.aku tanya ada pa kat sekolah..abah jawab ada anugerah.Abah kata dia dapat anugerah Guru Cemerlang Bestari.Aku sangat teruja bila dengar..rasa nak peluk abah time tu gak..Terima Kasih Allah..Aku bersyukur atas rezeki yang diberi. Tahniah abah..

Abah memang seorang yang komited dengan kerja memandangkan dia minat bidang IT jadi die ambil ijazah dalam bidang IT di UUM.Selepas itu, dia jadi guru penyelaras bestari kat sekolah Men King Edward VI, taiping.Sepanjang berkhidmat macam macam la die buat termasuk melaksanakan sms sekolah di mana ibubapa boleh tahu perkembangan anak anak di sekolah melalui sms selain merapatkan hubungan di antara guru dan ibu bapa.

Kerja abah memang sibuk kadang kadang hari sabtu pun p sekolah, cuti sekolah pun dia p sekolah gak..umi selalu bising sebab abah asyik busy ja..tapi nak wat cemana da keja abah kn..die kena la buat.ada juga kawan kawan abah kata abah bodek pengetua nak dapat gaji lebih la, naik pangkat cepat la...tapi abah x kesah tu semua die diam n senyum ja..abah kata dia x wat semua tuh buat pa dia nak amek kesah kn..mulut orang biasa la..

satu sifat abah yang kami adik beradik n umi x berapa nak tahan ialah abah suka berleter.Leteran abah bole buat kitaorang menangis n menjerit jerit mahu berkata "sudah la tuh abah oi" tapi tidak terkeluar ayat lantaran terlalu sedih mendengar ayat ayat abah..hehehe..
Pernah suatu masa abah kami adik beradik rindu nk dengar abah berleter, masa tu die p buat umrah di Mekah selama dua minggu..Adik laki ku, Sidqi sengaja menghampar surat khabar untuk lapik motor(dulu malam malam kena bawa motor masuk umah sebab berlaku banyak kecurian motor waktu malam) dengan tidak kemas.Lalu aku memarahi die, buat elok elok nanti abah marah.Jawab sidqi, "memang sengaja iqi bentang cam ni , rindu nak dengar abah marah marah'.aku gelak gelak ja dengar..

di hari Lahir abah ini kak long doakan abah panjang umur, murah rezeki , cepat naik pangkat n always look young...hehehe May Allah bless u Abah...

*tidak sabar mahu pulang petang ini meraikan kejayaan abah..Mahu belanja abah makan sedap sedap sok....

No comments: