Tuesday, May 25, 2010

MenaNgis

Sewaktu kecil dahulu , aku adalah seorang yang kaki nangis,tak boleh salah sikit mesti nak meleleh. kerna sebab itu aku di gelar kememe, gelaran untuk orang suka nangis..semakin menginjak usia,aku cuba kurangkan nangis tapi jadi semakin sensitif plak..sikit sikit nak merajuk...ye la pompuan kan..bila da makin tambah umor aku cuba kurangkan untuk ada perasaan itu dalam hati..ye la bila dah tua tua merajuk macam x best plak.rasa macam budak budak plak.

menangis itu tidak salah kerana kita memang manusia yang ada sifat lemah dalam diri..tidak salah menangis terutamanya bila berada di dalam kesusahan.bila aku sangat tertekan..aku akan sujud dan menagis semahu mahunya aku rasa lega selepas itu. alhamdulillah.saat itu aku dapat rasa aku adalah hamba yang kerdil dan lemah..aku merayu mengadu dan berdoa agar Allah leraikan kekusutan aku..

sekarang, aku tidak boleh di tengking atau diherdik semacam pesalah jenayah,pastinya selepas itu aku akan tangkap leleh.sewaktu bekerja di bawah bos dahulu, sudah banyak kali aku kena herdik depan dia aku ok tapi selepas aku duduk kat tempat,air mata laju ja keluar.biarpun aku tahan.sama juga sekarang ni kalau en M marah aku senang2 ja aku nak nangis.nasib baik kawan kawan lain x perasan.bila orang tegur napa hidung merah aku cakap gatal sebab resdung..hehehe

petang tadi aku masuk bilik en M, kemudian aku kuar jap nak ambil dokumen , kawan aku masuk plak bilik en M,bila aku masuk balik tetiba kawan aku dah nangis aku dengan terkejutnya berkata "Pa en m cakap kat dia??" dia balas "saya x cakap pape pun" aku diam, kawan aku terus keluar dari bilik tuh. suasana sunyi tetiba en M kata "cakap sikit pun da nangis" aku balas "dia sensitif, tertekan banyak kerja" cuba men'coverkan kawan aku itu. en m tidak puas hati "ingat die seorang saja banyak kerja, tension..i pun tension gak cuma tak tunjuk ja.kalu i tunjuk semua orang tak mau masuk ofis" aku diam.

Masa memula aku kerja ngn en M, dia sangat baik .tapi lama kelamaan dia jadi panas baran suka nak marah marah.aku sampai naik tensi n rasa mahu berhenti sahaja.tapi aku sabar n berdoa agar dilembutkan hatinya.Alhamdulillah berkesan, sejak akhir akhir ini die makin berlembut.tidak marah marah lagi.cuma kalu betul betul ada kesalahan suara die memang tinggi la.

Berbalik pada isu kawan aku ni, die memang seorang yang sensitif, kalu kerja banyak jangan la tegur pasti nak melenting pastu akan menangis..mungkin kerana sifat yang manja.kadang kadang aku lemas gak tgk perangai cam tuh..dalam kerja kita tidak bole nak beremosi sangat nak marah marah bos nak mencarut carut.bagi aku itu cabaran bekerja.memang akan ada situasi itu.tapi terpulang pada kita cemana nak handle..jangan asyik nak menagis ja..cuba untuk jadi kuat..

kalu kerja nak tenang dok kat umah..tapi kat umah pun kadang kadang kita tak tenang..aku tahu kawan aku x baca pun blog nih..tapi aku doakan die kuat jangan mudah menagis..jangan tunjuk kelemahan sangat..dapat plak bos macam en m yang memang keras hati.die memang xsuka orang nangis2 ni..so kena belajar untuk jadi matang..semua tempat kerja pun sama..jangan bila kena sikit nak berhenti kerja..

*setiap hari berdoa untuk jadi kuat menghadapi dugaan hidup Amin..

1 comment:

Unknown said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.