Thursday, June 2, 2011

Pentingnya IstikHaRah

Bercakap mengenai ISTIKHARAH sama bercakap mengenai JODOH. Ya, tidak dinafikan tetapi istikharah juga boleh di lakukan sekiranya kita berada di dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang mempunyai satu,dua atau lebih pilihan. Aku masih beristikharah mengenai soal perhubungan aku dengan Dia.Masih belum menemukan jawapan yang pasti.Keliru dengan rasa hati yang ada.

Selain itu aku juga melakukan istikharah dalam sekecil2 perkara sebab aku adalah seorang yang cepat confused.Contoh, nak beli t shirt untuk adik adik aku nampak macam kecil saja kan.Tapi aku seorang yang cepat keliru, ada bermacam pilihan t shirt depan mata tidak tahu mana yang sesuai. Lantas aku membaca doa istikharah dan pejam mata and i pick the right one.Bila adik aku pakai It fits him nicely.Alhamdulillah.

Sebab itu bila aku solat istikharah , aku mohon Allah berikan aku petunjuk dalam membuat pilihan dari sekecil2 perkara hingga lah sebesar2 perkara.Alhamdulillah i reach the right decision.

Apa petunjuk istikharah yang aku selalu dapat? Orang kata bila istikharah dapat petunjuk melalui mimpi.Mungkin ya bagi sesetengah orang.Bagi aku tidak. Aku hanya dapat petunjuk melalui gerakan hati.Orang kata boleh percayakah dengan bisikan hati mungkin itu bisikan syaitan.Ya aku tahu. Aku tidak tahu bagaimana mahu 'xplain' rasa hati aku tapi bila aku dapat rasa , aku tahu itu adalah keputusannya.


Aku juga pernah keliru dengan gerakan hati.Contoh, aku buat istikharah beberapa bulan sebelum mendaftarkan diri menjadi student master di UPM. Pada mulanya, aku berasa yakin dengan gerakan hati tapi ada 'something' yang aku rasa tidak selesa bila mana aku selesai urusan pendaftaran, malah sudah dua minngu hadir kelas kelas tersebut. Aku seolah2 menafikan rasa hati yang ada itu, aku cuba 'melawan' tapi akhirnya aku kalah. Rupanya, belum rezeki aku lagi untuk sambung master di ketika ini. Tuhan punya rancangan yang lebih baik untuk aku.


Macam mana nak yakin itu adalah keputusannya?Aku solat dan doa dengan setulus hati insyaAllah akan menemui jawapan.Syarat memang kena yakin betul2 dengan keputusan tuh dan rela serta redha terima apa pun balasan/akibatnya.


Jadi, amalkanlah Istikharah selalu sesungguhnya tidak rugi kerana kita minta sesuatu dengan Allah yang Maha Luas ilmunya.Bila kita memohon doa, yakin akan perkara yang kita hajati itu memberi manfaat dan kebaikan kepada kita. On top of that, believe that if Allah doesn't grant the Prayers, He plans better for us not the worst. Allah is Ar-Rahman n Ar Rahim.He loves us. He is soooooo Close to us. Allah listens to us and He wont break His Promise.InsYaAllah. Amin..

1 comment:

aziekz said...

menarik...sememangnya kite perlu istkharah,,bukan dalam soal jodoh atau mencari pasangan sahaja,,,sbb sbut je istkharah,,,org kite set in mind...utuk cari jodoh...tp sebenarnya dalam hal2 tertentu..kerja kita seharian memerlukan pemilihan yang tepat,..dengan istikharah dapat memnbantu membuat keputusan yang bijak..lecturer saya jga berpesan amalkan istkirah untuk permudahkan urusan kerja..bahkan amalkan solat2 sunat lain...kerana diluar sana kita akan hadapi pelbagai helah dan cabaran,moga dengan solat sunat tersebut dapat melindungi kita dari anasir2 yang tidak kita ketahui niat@t/laku mereka.