Saturday, March 28, 2009
Mac
070309
Selamat Hari Lahir buat ummi (pn Zaharah Abdul Majid) yang ke 49..semoga panjang umur n murah rezeki umi..Ingat nak wat kek la konon tapi cm malas..aku konon2 wat tak ingat tp wah plak p wish besday kat umi before die p skolah pagi tuh..ei kaco betul la .wish depan aku plak tuh..since die da wish aku pn wish la..selamat hari lahir umi..tapi mood umi xbape baik plak hari tuh macam sedih ja..abah plak kat skolah..petang tuh abah balik umi wat tak tau ja..aku da agak abah xperasan date hari tuh..aku pun wat tak tau ja..tetiba abah panggil n berkata
abah: kak long, hari ni hari pe?
kak long: besday umi la
abah: nape x cakap awal2?
kak long: erk???
abah: jom kita p beli kek..
kami pun keluar p beli kek dalam hujan lebat tuh..dapat la sebiji..hehehe balik tuh bukak pintu abah nyanyi hepi besdaykat umi...Umi tersenyum kembali...
230309
last monday ada interview di sebuah syarikat pelancongan melayu..interview berjalan agak ok..pergi ditemani mak cu (cian die smpai tertido keletihan)heheh..this is my first interview, saja nak gain experience..kalu tak dapat pun xkesah..hehehe (jual mahal la tu)...ada la kat setengah jam dok dalam bilik tuh berspeaking..huhu siap aku tergelak bile depa offer gaji rendah dari pe aku mintak..buat malu ja..pape pun aku kena istikharah dulu jgn buat keputusan terburu buru.
petang plak p uia wat clearance..alhamdulillah da setel dijangka dapat full transkrip mggu depan..makin rancak la misi aku memburu kerja...xdapat setel semua sebab hari sungguh panas dan aku malas plus xlarat nk jalan p mahalla..makcu plak tidoq kat masjid.aku pn xsampai hati nak teruskan niat p mahallah aku patah p masjid kejutkan die n ajak balik.misi bersambung hari rabu.
280309
kami sekeluarga menyokong Earth Hour ,bergelap selama sejam...hehehe (skrang tengah bergelap sambil menaip plus fighting with nyamuks..kat luar hujan plak tuh)
Wednesday, March 4, 2009
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan
Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan
Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan
Hendak diulang... Hendak diulang
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan
Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang
( 2 X )
Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya
Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir
Tuesday, March 3, 2009
LeLaKi vs WaNiTa
Sebagai seorang Muslim, tidak wajar kita mempersoalkannya..Setiap dari kita punya tanggungjawab dan amanah untuk di pikul..Jelas maksudnya di dalam Al Quran..Kita adalah pemenang dan wira kerana berjuang untuk hidup di atas muka bumi ini..Namun,pabila celik mata mudahnya kita tersungkur.Tidak dapat dinafikan, kita punya perasaan dan emosi namun itu semua perlu dibatasi dengan 'aql..Itulah manusia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Oleh itu, jangan sesekali membezakan manah dan tanggungjawab diberi..Secara fizikal, lelaki dan perempuan itu berbeza tetapi PERJUANGAN kita tetap sama...
Sunday, March 1, 2009
Perkasa Masjidil Haram
Oleh Siti Sofiah Ahmad Mazlan
bhminggu@bharian.com.my
Enam arkitek termasuk seorang anak Malaysia dipilih untuk melaksanakan projek pembesaran kota suci umat Islam |
Arkitek diminta membina bangunan yang boleh menampung lebih 1.5 juta orang dalam satu masa dan mampu memantulkan haba kerana iklim panas serta mengutamakan alam sekitar
MAKKAH al Mukarramah, kota suci umat Islam menjadi pusat pengumpulan manusia terbesar terutama apabila tiba musim haji setiap tahun.
Saban tahun, jumlah jemaah mengunjungi tempat ibadat itu semakin meningkat, justeru ia memerlukan kawasan yang besar bagi menampung jemaah terbabit melakukan ibadat dengan selesa dan tenang sepanjang berada di sana.
Sehubungan itu, satu perancangan membesarkan kawasan Masjidil Haram sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.
Projek itu memfokuskan kepada dua perkara utama iaitu pembangunan rohani dan konsep mesra alam dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah yang datang mengunjungi tempat itu untuk melakukan ibadat.
Perancangan itu membabitkan kemudahan semua golongan jemaah termasuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas uzur yang ingin menyempurnakan rukun Islam kelima itu. Antaranya, mewujudkan laluan khas Saie bagi golongan terbabit agar ia tidak bercampur dengan jemaah normal.
Prof Dr Ismawi menunjukkan pelan penstrukturan semula Masjidil Haram. |
Bagi merealisasikan projek berkenaan, seramai enam arkitek berpengalaman dan pakar dalam bidang perancangan bandar dan wilayah dilantik menganggotai Panel Antarabangsa Untuk Pembesaran Masjidil Haram.
Mereka ini bertanggungjawab merangka garis panduan untuk pembangunan semula Makkah khususnya pembesaran Masjidil Haram untuk dibentangkan kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud .
Mereka masing-masing seorang berasal dari Turki, Arab Saudi, Algeria, Malaysia dan dua dari Lebanon.
Malaysia diwakili Profesor Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ismawi Zen.
Di bawah panel itu, sebanyak 16 kumpulan daripada pelbagai negara sudah membentangkan kertas cadangan masing-masing dan Raja Abdullah bakal memilih lebih satu kumpulan berdasarkan kepakaran yang ada pada setiap kumpulan.
Semua kertas cadangan itu, masih di peringkat awal perbincangan namun begitu, sebahagian kecil pengubahsuaian seperti pembesaran laluan Saie sudah dilakukan bagi memudahkan jemaah haji mengerjakan ibadat itu pada musim haji lepas.
Kerja menyiapkan pelan itu dijangka siap akhir tahun ini manakala kerja fizikal dapat dimulakan selewat-lewatnya awal tahun depan.
Ketika ini, kerja awal sudah dimulakan dengan merobohkan bangunan di sekitar masjid terbabit sejak September tahun lalu dan berterusan hingga ke hari ini. Pembersihan kawasan itu merangkumi kira-kira 650 meter dari kawasan masjid berkenaan.
Apabila siap kelak, kawasan ibadat itu dijangka boleh menampung 1.5 juta orang khususnya pada musim haji dan bulan Ramadan. Untuk tujuan itu, pelbagai perkara diambil kira seperti soal keselamatan dan keselesaan jemaah, sistem pengangkutan, kemudahan tandas dan tempat melakukan ibadat.
Dalam konsep mampan, arkitek diminta merancang bangunan yang mampu memantulkan haba kerana iklim panas serta mengutamakan alam sekitar, kemudahan untuk warga emas dan sistem yang boleh dipraktikkan.
Berdasarkan kepada cadangan bernas yang sudah dibentangkan, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah bakal mewujudkan satu lagi kumpulan bagi mengumpulkan semua cadangan dengan cara baik dalam usaha menjadikan masjid itu sebagai penghubung kepada umat Islam di seluruh dunia.
Dalam penstrukturan semula kota Makkah ini, beberapa ulama mengutarakan pandangan tidak bersetuju kerana dikhuatiri pembinaannya yang canggih bakal mengundang masalah seperti tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan ibadat lantaran terpegun dengan reka bentuk masjid itu.
Selain itu, pembangunan semula Makkah ini juga bakal menghidupkan kembali fungsi masjid pada zaman Rasulullah sebagai tempat perkembangan ilmu, yang mana kerajaan Arab Saudi mahu menubuhkan sebuah institusi pengajian di dalam masjid itu.
Ada masa dan kawasan tertentu kota Makkah tidak sesak ketika musim haji dan umrah, menyebabkan kerajaan bercadang membina sebuah universiti di satu bahagian di dalam masjid berkenaan bagi mengimarahkan kawasan ibadat itu agar tidak kelihatan kosong dan sepi.
Universiti ini menawarkan kursus dalam bidang sains dan teknologi membuka peluang kepada umat Islam belajar mengenai ilmu berkenaan juga membuktikan kepada orang luar bahawa masjid tidak hanya sebagai tempat ibadat malah lebih daripada itu.
Di samping itu, pembinaan terowong pejalan kaki dan stesen perkhidmatan awam seumpama sistem transit aliran ringan (LRT) seperti di Malaysia, turut diwujudkan bagi keselesaan jemaah bergerak sepanjang berada di kota suci itu.
Pada masa ini, kenderaan persendirian dibenarkan masuk ke kawasan masjid namun selepas LRT siap, semua kenderaan perlu diletakkan di Masjid Tana’im yang mana jemaah akan menaiki LRT itu untuk ke masjid terbabit.
Sedia lebih kemudahan untuk OKU beribadat
PROJEK pembesaran Masjidil Haram di Makkah akan menyaksikan kemudahan melakukan ibadat tawaf yang lebih selesa untuk golongan orang kurang upaya (OKU).
Pada masa ini, orang kurang upaya termasuk golongan tua dan uzur melakukan tawaf di tingkat dua bersama jemaah biasa dan dengan peningkatan kemudahan yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi itu satu laman khas bagi mereka melakukan ibadat itu diwujudkan.
Perkara ini dimaklumkan Pensyarah Jabatan Landskap, Kulliyah Seni Bina dan Reka Bentuk, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Ismawi Zen pada syarahan berhubung pembangunan semula kota Makkah, baru-baru ini.
Profesor Ismawi adalah antara enam arkitek dari empat negara yang dipilih menganggotai Panel Antarabangsa Untuk Pembesaran Masjidil Haram yang mana kerja pembinaan bermula September lalu.
Bekas timbalan rektor perancangan dan pembangunan UIAM itu berkata, selain kemudahan OKU, satu lagi ciri menarik projek itu adalah pengenalan kepada satu sistem yang membuatkan jemaah menggunakan air dalam jumlah minimum untuk berwuduk, sekali gus mengurangkan pembaziran.
Beliau berkata, kajian menunjukkan purata seorang jemaah menggunakan 1.5 liter air untuk berwuduk.
“Melalui sistem ini seseorang jemaah hanya akan menggunakan 0.5 liter air saja yang bersesuaian dengan ajaran Islam iaitu mengajar umatnya supaya tidak membazir dalam apa juga keadaan,” kata nya.
Katanya, projek pembesaran Makkah al-Mukarramah ini menggunakan teknologi tinggi bagi menaik taraf infrastruktur yang ada ke tahap lebih baik dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah yang datang mengunjungi tempat suci itu untuk melakukan ibadat.
Ismawi berharap jemaah yang berkunjung ke sana tidak hanya melakukan ibadat semata-mata tetapi menghayati setiap rukun Haji yang dilaksanakan kerana Masjidil Haram satu ketika dulu pernah menjadi pusat pengajian ilmu dan berkembang menjadi pusat pengumpulan cendekiawan dan masyarakat.
Sejarah pembesaran Masjidil Haram pada era moden:
Empat garis panduan (larangan) kerajaan Arab Saudi dalam merancang pembangunan di Masjidil Haram iaitu:
1) Larangan mengubah suai Kaabah.
2) Lokasi Saie iaitu antara Bukit Safa dan Marwah.
3) Kedudukan telaga Zam Zam.
4) Sempadan tanah haram.
Empat pertimbangan yang diambil kira:
1) Konsep mampan.
2) Pembangunan kerohanian
3) Sejarah
4) Kapasiti.