Thursday, October 15, 2009

CoNVo





Syukur Alhamdulillah.akhirnya masa di tunggu tiba..Aku n Kawan kawan selamat berkonvo..bagi kami yang xde diploma,inilah first time rasa berkonvo..Setelah hampir setahun menunggu sijil yang dinanti penat lelah belajar empat tahun di uia..Rasa sebaak sewaktu menyanyikan lagu uia..Lagu baru nmpaknya..sungguh xadil..lagi sedap dari lagu lama...aku rasa macam nak sambung belajar semula di uia.hehhe..

*memikirkan pekerjaan untuk masa depan..

Friday, October 2, 2009

TeKaNaN

Sedang aku tunggu bus di maluri petang semalam, sambil bergelak ketawa dengan kawan kawan,tiba-tiba rasa loya mual nak muntah,sesak nafas.Aku rasa lemah seluruh badan nak cari tempat duduk..Aku berjalan ke depan sedikit menjuhi kawan kawan untuk ambil udara.Aku cuba duduk di penghadang yang disediakan, tiba-tiba pandangan jadi gelap dalam hati aku berdoa dapat bertahan kerana aku puasa ganti semalam,semakin lawan semakin gelap..otak kata flat..aku pun flat..memang lemah sgt time tuh..

Kawan kawan panik, shira gosok tapak tangan,iza n zana tepuk2 aku..aku sedar tapi xberdaya nk bukak mata..pakcik2 kat situ pun panik..mereka dudukkan aku.Pabila sedar aku senyum..maalu..pastu pakcik tu bg air suh minum die baca selawat aku pun minum n sapu muka...ak try bangun..alhamdulillah bole berjlan..tanpa banyak soal kami buat keputusan naik teksi demi keselamatan aku..thanx kawan2

Inilah pengalaman pertama pengsan..selalu jugak pandangan aku gelap tp dpt lawan kali ni memang xleh..huhu kat rumah kawan kawan asyik perli..kata mereka cara aku pengsan memang cantik..kaki aku bersimpuh.Aku rebah macam nk tido..hehhe

Aku risau ada tekanan darah rendah..Malam ni pergi check up.Mudah2an xde pe2 yang mudarat.Sok bnyak tempat aku nak p.Amek jubah di UIAm,shoping sana sini and attend open house..pergh busy..

Mungkin tension dengan diri dan keadaan sekeliling..Aku mohon kekuatan untuk teruskan hidup..

*mengharap keredhaan Mu YA Allah..

Saturday, September 26, 2009

AiDiLfItRi 1430 H

Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk menyambut hari kemenangan.Tahun ni n setiap tahun beraya di kpg opah.Mgkin tahun depan insyaallah beraya di taiping meraikan rumah baru hehe..kesian kat opah sudah tidak berapa sihat untuk berjalan jauh n menyediakan juadah raya.Ummi kata tahun depan raya kat taiping je la..wowow meriah la gamaknya opah n atok ramai kawan di taiping nih..pernah dulu wt open house di taiping sungguh penat kawan2 opah ramai yang datang xmenang tangan..

sejak berpindah ni ramai plak tetamu yang datang..setiap hari ada ja..kawan2 adik mai kawan2 aku n solehah ja xmai..hahah..korang datang umah baru k..heheh...

tahun ini juga buat pertama membayar zakat untuk diri sendiri.Pada mulanya aku ingatkan xyah bayar tapi lepas kak una citer feel lepas bayar aku terus setuju nak bayar untuk diri sendri heheh..mudah2an murah lagi rezeki aku..amin...

raya tahun ni disambut sederhana ja.Kat kampung pun xramai family yang ada.Mak ngah sekeluarga beraya di sabah bersama menantu yang sarat.Ateh biasala di US..makjang tiba lewat sket..mak uda beraya di umah mentua tapi tgh hari singgah beraya di umah opah..da petang baru la acara salam bersalaman start..da berpeluh2 sume but still maintain..heheh

*mahu mengemas rumah orang jauh sudah datanggg

Wednesday, September 16, 2009

Sangka baik

Bukan semua benda/perkara yang kita idam akan dapat..
Ya Allah bantulah aku mendidik hati sabar dan tidak kecewa..
Jangan ada sekelumit pun rasa kecewa..
Tuhanku..
Aku mengharapkan yang terbaik untuk hidup ini..
Sesungguhnya aku berserah segalanya padaMu
Kerna Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini..
Ya Allah
Kuatkan hatiku
Berikan aku ketabahan..
Tunjukkan aku jalan..


*tidak mahu kecewa lagi...Perancangan Allah itu baik n sempurna

Lewat

Pagi ini lewat masuk ofis kerana train problem.Sesampai di stesen Lrt pandan jaya dengar announcement train hanya tamat di stesen bandaraya.Aku n kawan menarik nafas lega kerana stesen itu tidak jauh daripada ofis.Berjalan jauh sket ja.Exercise pagi.heheh..

Untuk ke bandaraya,kami kena turun di stesen chan sow lin untuk mengambil tren yang lain pula kerana tren yang pertama perlu berpatah balik ke ampang.Tiba di chan sow lin,alangkah terkejut melihat begitu ramai manusia dalam satu stesen yang kecik,berhimpit-himpitan bersesak-sesakan.Di saat itu, rasa macam nk jd wrtawan nk investigate pe prob sebenarnya ngn lrt nih.Dalam 30-40 min terperangkap.Aku memandang ke atas mengambil udara.Di hujung stesen ada tangga,kelihatan manusia mengambil gambar n merakam video.Suasana memang padat.kat belakang aku budak2 sekolah yang risaau terlepas exam ada 3 paper.ala dik oit kesiannya.

Tidak lama kemudian announcement dari pihak rapid kl,mereka kini mengistiharkan kod 07 iaitu kod darurat semua stesen ditutup..aiyaaa...panik sebentar..oh ya sebelum itu aku sudah msg Puan H bagitau lambat masuk ofis..kawan2 aku kata kita mnx EL..ish aku xmau bukan pe masih ada jalan lain lagipun awal lagi bole naik bas..jarak pun xjauh mn..aku berkira2 mahu menelepon despatch di ofis chan sow lin(maju constuction) ..kami mahu keluar dari stesen itu kerana kepanasan..tapi orang ramai tidak mahu menginjak walau seinci..alahai..saabar la kn..5 min kemudian tren tiba.berpusu2 orang nak masuk..memang xyah jalan orang tolak ja..teringat naik putra pagi2 time keja kt bharian..macam tu lah..da dapat masuk tren xjalan2..memang padat..orang kata mgkin overload..heheh..akhirnya tren pun jalan seperti biasa..lega..

Apa2 pun aku terima kasih kat rapidKL mmg tindakan pantas n cepat . Sebaik turun di bandaraya ada bus menanti untuk menghantar penumpang ke next stesen..

*Musykil pe jadi sbenarnya..macam cite omputeh plak tren stuck tetiba orang ramai bersesakan tapi xde plak hero..hehhehe

Wednesday, August 26, 2009

Lamaran 2


Lewat petang kelmarin aku mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan di tempat kerja lama.Sekadar bersembang mengisi waktu yang ada (setengah jam before berbuka) ,bertanya khabar. Lalu dia menawarkan satu pekerjaan kepadaku. Aku pernah berada dalam bidang itu biarpun untuk seketika tapi pengalaman itu ada.Katanya tidak salah untuk mencuba. Ada harapan di hujung suaranya.Di akhir perbualan, dia meminta aku memikirkan semula peluang tersebut.

Yang menjadi masalahnya ialah mampukah aku lalui semua itu. Dulu, sewaktu melalui masa itu sungguh perit aku rasa. Sampai nekad untuk tidak mahu kembali ke bidang itu. Tapi sejak akhir2 ini, semangat untuk kembali ke bidang itu memuncak.Pelbagai idea/ilham datang ke kepala. Mungkinkah itu petanda? Aku masih beristikharah.InsyaAllah akan cuba berbincang dengan abah n ummi..

Mungkin ini doa istikharah ku selama ini. Aku mohon agar Allah berikan petunjuk.Aku tidak mahu menolak rezeki sekaligus peluang yang ada.

*Mengintai peluang yang ada...Hikmah Ramadhan

Friday, August 21, 2009

Jom Rebut Peluang...


Esok semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadan..Bulan yang di tunggu..Alhamdulillah aku berpeluang menyambutnya pada tahun ini walaupun tidak dapat bersama keluarga..Insyaalah jumaat depan pulang ke Taiping..

Jom kita rebut peluang yang ada..Bak kata Wahid Melodi Tingkatkan Prestasi dan Amalan Kurangkan Kontroversi hehehh..

Aku mahu merebut peluang tahun ini sebaiknya..Teringat bait bait dalam lirik nasyid yang dinyanyikan Yasin ' andainya ini Ramdhan terakhir bagiku ku harap ia dapat membelaku di akhirat nanti' insyaAllah itu la yang aku harapkan saban tahun..

Dua hari lepas dengar radio Ikim, Rabbani menyanyikan lagu Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan..dalam lirik itu tertulis 'Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka seperti ketibaan orang yang kita cinta'..Subhanallah indahnya kata-kata itu..

*Moga Ramdhan tahun ini membawa sinar baru..InsyaAllah..Amin