Wednesday, September 16, 2009

Lewat

Pagi ini lewat masuk ofis kerana train problem.Sesampai di stesen Lrt pandan jaya dengar announcement train hanya tamat di stesen bandaraya.Aku n kawan menarik nafas lega kerana stesen itu tidak jauh daripada ofis.Berjalan jauh sket ja.Exercise pagi.heheh..

Untuk ke bandaraya,kami kena turun di stesen chan sow lin untuk mengambil tren yang lain pula kerana tren yang pertama perlu berpatah balik ke ampang.Tiba di chan sow lin,alangkah terkejut melihat begitu ramai manusia dalam satu stesen yang kecik,berhimpit-himpitan bersesak-sesakan.Di saat itu, rasa macam nk jd wrtawan nk investigate pe prob sebenarnya ngn lrt nih.Dalam 30-40 min terperangkap.Aku memandang ke atas mengambil udara.Di hujung stesen ada tangga,kelihatan manusia mengambil gambar n merakam video.Suasana memang padat.kat belakang aku budak2 sekolah yang risaau terlepas exam ada 3 paper.ala dik oit kesiannya.

Tidak lama kemudian announcement dari pihak rapid kl,mereka kini mengistiharkan kod 07 iaitu kod darurat semua stesen ditutup..aiyaaa...panik sebentar..oh ya sebelum itu aku sudah msg Puan H bagitau lambat masuk ofis..kawan2 aku kata kita mnx EL..ish aku xmau bukan pe masih ada jalan lain lagipun awal lagi bole naik bas..jarak pun xjauh mn..aku berkira2 mahu menelepon despatch di ofis chan sow lin(maju constuction) ..kami mahu keluar dari stesen itu kerana kepanasan..tapi orang ramai tidak mahu menginjak walau seinci..alahai..saabar la kn..5 min kemudian tren tiba.berpusu2 orang nak masuk..memang xyah jalan orang tolak ja..teringat naik putra pagi2 time keja kt bharian..macam tu lah..da dapat masuk tren xjalan2..memang padat..orang kata mgkin overload..heheh..akhirnya tren pun jalan seperti biasa..lega..

Apa2 pun aku terima kasih kat rapidKL mmg tindakan pantas n cepat . Sebaik turun di bandaraya ada bus menanti untuk menghantar penumpang ke next stesen..

*Musykil pe jadi sbenarnya..macam cite omputeh plak tren stuck tetiba orang ramai bersesakan tapi xde plak hero..hehhehe

No comments: