Wednesday, August 26, 2009

Lamaran 2


Lewat petang kelmarin aku mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan di tempat kerja lama.Sekadar bersembang mengisi waktu yang ada (setengah jam before berbuka) ,bertanya khabar. Lalu dia menawarkan satu pekerjaan kepadaku. Aku pernah berada dalam bidang itu biarpun untuk seketika tapi pengalaman itu ada.Katanya tidak salah untuk mencuba. Ada harapan di hujung suaranya.Di akhir perbualan, dia meminta aku memikirkan semula peluang tersebut.

Yang menjadi masalahnya ialah mampukah aku lalui semua itu. Dulu, sewaktu melalui masa itu sungguh perit aku rasa. Sampai nekad untuk tidak mahu kembali ke bidang itu. Tapi sejak akhir2 ini, semangat untuk kembali ke bidang itu memuncak.Pelbagai idea/ilham datang ke kepala. Mungkinkah itu petanda? Aku masih beristikharah.InsyaAllah akan cuba berbincang dengan abah n ummi..

Mungkin ini doa istikharah ku selama ini. Aku mohon agar Allah berikan petunjuk.Aku tidak mahu menolak rezeki sekaligus peluang yang ada.

*Mengintai peluang yang ada...Hikmah Ramadhan

2 comments:

Makcu said...

tulaaa yg tbaik yang...
wat istihkaharh aku pon kena wat gak...

Muhd Sazlie said...

assalamualaikum,

apa kaba? mntk tolong blh? bg kat aku almt blog semua bdk gems HSH 01.
lg satu, apa no tel ko? aku xde la.

time kasih...