Friday, September 30, 2011

Lapang Dada





Bila di himpit kesusahan,selalu orang akan kata bersabarlah wahai sahabat.Ya Sabar..susah tau sebenarnya nak sabar, itu hakikat yang aku rasa sebab aku adalah seorang yang mudah dan cepat melenting bila sesuatu benda berlaku. Aku cuba untuk belajar sabar sebab aku rasa marah itu sangat memenatkan.Dalam usaha aku nak belajar sabar, aku beli majalah Solusi tajuk depan Sabar itu Indah..Aku baca artikel dalam baca itu.Lalu, terpandang sepotong doa, aku amalkan.Mula mula xsabar juga,nak marah ja..tapi setiap kali solat aku amalkan doa tu.Sampai bulan ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah uji aku untuk bersabar.aku ada masalah dengan bos yang marah2 ketika bulan puasa.Aku baca lagi doa itu.Aku pejam mata. aku baca doa sesungguh hati.Alhamdulillah cool.Sampai saat ini, adakala aku terlepas pandang nk baca doa itu, especially sekarang bos aku dah agak cool.Tapi baru baru ini aku di timpa kekecewaan yang amat, lantas aku baca doa itu.

Lagi satu, setiap kali lepas solat, aku doa Allah bagi lapang dada dalam menerima setiap musibah.Aku tidak mahu panik dan cepat melatah bila di timpa musibah.Alhamdulillah sewaktu aku dikhabarkan dengan satu berita yang tidak baik, aku berlapang dada menerimanya.alhamdulillah.aku rasa itu adalah satu nikmat yang tidak terhingga. aku mungkin boleh sedih yang amat ketika waktu itu, tapi aku bersyukur aku tidak sedih malah menerima berita itu dengan tenang dan lapang dada.alhamdulillah.Nikmatnya rasa sabar, tenang dan lapang dada bila terima musibah itu memang tiada tandingan.Leganya yang amat.

Aku doa biarlah rasa ini berkekalan selamanya.aku istiqamah dengan doa ini insyaAllah.

Monday, September 5, 2011

Mati Itu Pasti

Allah Maha Besar
Allah Maha besar
Allah Maha Besar
Segala Pujian Hanya Untuk Allah

Ramadhan berlalu, moga di terima semua amalan kita
insyaAllah amin
Sambutan raya tahun ini di sambut dalam kesederhanaan
Alhamdulillah dapat beraya di rumah baru
Penantian yang di tunggu selama dua kali raya
Agak busy rmai tetamu
Alhamdulillah
tetamu yang hadir membawa rahmat

Raya ini di kejutkan dengan kematian dua pupu iaitu Allahyarham Noramfaizul yang ditembak mati di Mogadishu..Memang tidak pernah bersua muka, mengenalinya ketika dia tiada di dunia ini lagi..kami sekeluarga sempat menziarahi keluarga arwah. Telah diumumkan oleh Mufti, beliau mati syahid.Alhamdulillah moga tenang roh mu di sana.

Pagi ahad dikhabarkan juga kematian pakcik abah Allahuakbar..dua kematian yang berlaku dalam sela masa yang tidak jauh.Sungguh mati itu pasti dan tidak mengenal usia..

Bagaimana aku nanti?
Moga aku sempat mengucapkan kalimah syahadah
Moga aku mati di dalam iman dan islam

Allah,
Tempatkan saudara saudara ku ini di kalangan orang yang beriman
Al Fatihah