Aku sekarang dalam mode PMS (Protest Mode in Silent). sebab? macam macam ada dalam kepala ni nak buat itu ini tapi tersekat.Aku pegang satu yang satu lagi terlepas. Aduh rasa nak terduduk dah. Tapi cuba kuatkan hati nk dapatkan jugak. Kadang 2 aku fikir adakah aku cuba melawan kuasa Tuhan? Ya, Tuhan suruh berusaha dan bertawakal. Setiap hari aku doa usaha? tidak tahu nak cakap sebab aku rasa cm aku kurang usaha tp aku cuba untuk memaksimakan usaha.
Sukarnya nak didik hati untuk Sabar. Benar Hadis Nabi mengatakan Sabar itu sebahagian daripada Iman. Itu yang aku cuba SABAR. Tapi susahnya adoyai..
Jenuh mencari jawapan untuk semua persoalan. Tapi aku tau punca pada persoalan aku adalah kena Sabar n memaksimakan usaha selebihnya Tawakal.
Apa yang aku pk terbaik untuk aku tidak semestinya terbaik di sisi Allah. itulah yang aku pegang sekarang. Setiap yang aku usahakan ada ganjaran. Bak kata orang, Kalu da rezeki memang milik kita buat cemana pun tetap milik kita. Cuma Ini ujian Allah nak bagi kena terima plus setiap ujian itu ada ganjaran.
Bak kata para ustaz, jangan terlampau kejarkan dunia sangat sampai akhirat tertinggal jauh ke belakang.Tapi lebihkan akhirat insyaAllah dunia pun dapat sama gak. Dunia sekarang pon tgh bergolak. Jangan sampai pintu Taubat tertutup masa tuh baru nak menyesal. Jadi sekarang nih kena kuat. Pegang tali denagn Tuhan itu sekuat-kuatnya.
* Tidak mahu tersungkur di depan pintu Syurga sahaja. Mahu merasai nikmat di dalamnya