syukur alhamdulillah..setelah bertahun tahun..berbelanja besar untuk mendapatkan lesen P akhirnya aku berjaya LULUS walaupun tidak 100% tapi ok la just sekali test aku lulus..hehehe...rasa dunia ini aku yang punya..baru la aku tau perasaan ada lesen P ni ek..so pada yang belom ada lesen P cepat cepat la ambil..
sekarang aku punya banyak rancangan termasuk untuk menukar tempat kerja bukan tidak sesuai cuma mencari yang teerbaikk..dalam hati memberontak untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana..masih kabur lagi risau dengan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan aku belajar pada masa ini..
setiap hari aku berdoa untuk mendapat kerja daalam sektor awam kalu boleh yang ada menawarkan 'sponsor' untuk aku sambung belajar..aku tidak kisah untuk berkhidmat dan terikat walau sebanyak mana tahun pun..aku ikhlas(seperti keikhlasan aku menunggu offer kerja daripada JPA)..
baru baru ini aku dilantik menjadi salah seorang ajk untuk badan kebajikan company ini..sungguh bukan aku yang hendak tetapi dek kerana suggestion seorang lelaki yang hanya aku kenal jauh..orang yang dilantik dalam persatuan itu bukan calang calang semuanya eksekutif aku hanya coooliicutive saja..aku sungguh tidak senang hati dengan pelantikan ini..jadi aku berharap ada offer kerja di tempat lain...bagi aku itu amanah aku tidak kejar glamer seperti ada sesetengah ajk yang dilantik..mereka suka saat nama dilaungkan aku terkejut saat nama disebut di depan hadirin hadirat..aku tiada pilihan untuk berkata tidak..ish tolong lah aku mahu lepas dari jawatan ini..
*Tidak BerHenti BerHaRaP