Friday, February 25, 2011

DiDik Hati

Alhamdulillah syukur masih diberikan peluang untuk bernafas.

Aku sekarang dalam mode PMS (Protest Mode in Silent). sebab? macam macam ada dalam kepala ni nak buat itu ini tapi tersekat.Aku pegang satu yang satu lagi terlepas. Aduh rasa nak terduduk dah. Tapi cuba kuatkan hati nk dapatkan jugak. Kadang 2 aku fikir adakah aku cuba melawan kuasa Tuhan? Ya, Tuhan suruh berusaha dan bertawakal. Setiap hari aku doa usaha? tidak tahu nak cakap sebab aku rasa cm aku kurang usaha tp aku cuba untuk memaksimakan usaha.

Sukarnya nak didik hati untuk Sabar. Benar Hadis Nabi mengatakan Sabar itu sebahagian daripada Iman. Itu yang aku cuba SABAR. Tapi susahnya adoyai..

Jenuh mencari jawapan untuk semua persoalan. Tapi aku tau punca pada persoalan aku adalah kena Sabar n memaksimakan usaha selebihnya Tawakal.

Apa yang aku pk terbaik untuk aku tidak semestinya terbaik di sisi Allah. itulah yang aku pegang sekarang. Setiap yang aku usahakan ada ganjaran. Bak kata orang, Kalu da rezeki memang milik kita buat cemana pun tetap milik kita. Cuma Ini ujian Allah nak bagi kena terima plus setiap ujian itu ada ganjaran.

Bak kata para ustaz, jangan terlampau kejarkan dunia sangat sampai akhirat tertinggal jauh ke belakang.Tapi lebihkan akhirat insyaAllah dunia pun dapat sama gak. Dunia sekarang pon tgh bergolak. Jangan sampai pintu Taubat tertutup masa tuh baru nak menyesal. Jadi sekarang nih kena kuat. Pegang tali denagn Tuhan itu sekuat-kuatnya.

* Tidak mahu tersungkur di depan pintu Syurga sahaja. Mahu merasai nikmat di dalamnya

Tuesday, February 8, 2011

Show Me the Way

betulkah apa aku buat ni?
kenapa "tercetus" petang ni?
Tuhan
Tunjukkan aku jalan
Rasa lemah sekarang nih
Mungkinkah ini yang terbaik?
Sungguh
aku x mampu tahan perasaan ni
kelirukah aku?
Aduh


*biar masa menentukan
Maaf ada hati yang 'terluka'

Monday, February 7, 2011

Famili Day 2011

Alhamdulillah bersykur tamat sudah program berkumpul semua ahli keluarga sebelah abah..it went well terima kasih sume yang terlibat.malu gak aku nih dapat hadiah ajk tp wt keja sket ja..heheh

harap next 2 years ada yg bole organized..memerlukan komitment yang tiggi..insyaallah harap ada yang akan membantu..

Friday, January 14, 2011

Jan 2011

Syukur alhamdulillah masih di beri olehNya untuk hirup udara segar ..masih memiliki nikmat Iman Dan Islam..allahuakbar alhamdulillah

Permulaan tahun baru aku agak 'low' di mana ada sedikit ujian Allah bagi.

First two weeks of Jan, aku menjadi seorang pelajar di UPM. Konon mahu meneruskan master dalam corp Comm, namun setelah menimbang semua keadaan termasuk yang utama soal keselamatan diri aku terpaksa undur diri untuk seketika.Keputusan itu jelas megejutkan semua rakan2 baik di ofis mahupun di pejabat, tapi tidak pada famili aku n mie. Kata mereka, buat apa ni hanya kerana tiada transport aku goyah. Ya memang itu sebabnya. Aku jelaskan, apa perasaan korang saat menunggu bus seorang diri tiada teman pada jam 10 mlm ada bus masuk tapi penumpang hanya aku seorang...ayat2 al-Quran menjadi pendamping. aku tidak bole tahan aku tidak mahu sesuatu buruk berlaku then only aku menyesal n word "KALAU" sentiasa bermain di bibir. nauzubillah. aku bertindak selepas beristikharah n memohon keizinan abah untuk defer my sem until my heart is open to continue it. buat masa master bukan untuk aku.Let me focus on my task right now.

*****

HAri ini Jum (14 jan 2011) makcu aku bakal di bedah selepas doctor diagnos die menghidap breast cancer.Allahuakbar sesuatu yang berat untuk di terima oleh kami sekeluarga. baru setahun berkahwin ,Allah uji mereka . Sebelah breast di buang. Lantas umi n makcik2 segera membuat ujian atas nasihat doctor kerana sudah ada cancer history in the family. Allah Kau jauhkan kami dari ujian yang berat untuk kami tanggung.Amin.
semoga pakcu n makcu di beri kekuatan n ketabahan untuk meneruskan ujian ini.

****

Semoga tahun ini memberi rahmat buat diriku n family.

Monday, December 27, 2010

SuLuH

Ya Allah
Ketika ini aku mersa sungguh gembira dengan segala nikmat yang Kau kurniakan.Andai boleh Ya Allah aku mahu berkekalan kegembiraan ini. Tapi aku tahu hukum dunia ada sedih ada gembira.

Ya Allah
terangkan jalanku .
Jangan biar aku terumbang ambing
tetapkan hatiku pada agama Mu yang SATU ini.
Pandang lah aku , jangan Kau palingkan aku daripada jalan Mu
Berkati setiap langkakh ku Ya Allah

Amin

Friday, December 17, 2010

PenInG

11.30 am:

Kawan aku kol ajak turun p Starbuck ada kopi free katanya.Aku dengan hepi turun amek secawan.

12.00 pm

Joey datang "pau" minum akopi aku..isk isk.

1215 pm

minum kopi sket lagi selebihnya bagi kat joey.

1230pm

aku cm 'goyang' pening2. Fikir "mungkin ngadap komputer bnyak sgt.aku pon buka cermin mata p jalan2 sat hirup udara.P kat tmpat kawan aku die pon kata die pening pas minum kopi tuh..what?kuatnya kafein.

1245 pm

Rasa loya plak..boleh tahan lg ni.tp pandangan mula kena straight xbole tetiba toleh kiri kanan kena slow2 toleh kalu x aku rasa nkmuntah.

100pm

kawan ajak lunch ku x ikut. risau nnti muntah sebab da ada rasa loya2 nih.huhu

114pm

err sakit perut plak da kpala da start nk pusing. tangan da sejuk n terketar2..alaaa cemana nk balik n bertahan smpai ptg nih huhuhu

*Penangan starbcuk coffee yang POWER..adushhh

Friday, December 10, 2010

SaBaR

Satu perkataan yang mudah untuk dilafazkan tp payah untuk memahaminya.aku sendiri susah untuk memahami perkataan itu sehingga aku perlu "belajar" untuk merasakannya. bukan senang sebenarnya. Dengan kehidupan yang serba moden serta kehendak dan nafsu yang bercelaru maka sabar hilang kawalan.tapi sifat itu perlu dalam diri manusia tambahan kita ni orang islam. Apa guna mengaku islam tapi sabar xde dlm diri. aku doakan kawan kawan aku ada Sabar dlm diri masing masing.

*********
seorang kawan mengadu die hampir kecewa dalam diri kerana tidak lulus dalam satu ujian.akibat kekecewaan itu dia tidak menunaikan solat.Astaghfirullah.Perlukah begitu?Lantas aku memujuknya untuk bersabar dan jangan lemah dengan bisikan syaitan.aku pesan cuba muhasabah diri dan yakin setiap musibah ada hikmah Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya. Sesungguhnya Allah tidaak akan dan tidak pernah mungkir janji.Pahatkan dalam hati.mungkin permintaan kita ditangguhkan kerna sebab2 tertentu.

Bukankah di dalam Al Quran ada menyebut
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. (Al-Baqarah: 45-46)


*******
sudah pon masuk awal Muharam 1432 H syukur masih dipanjangkan usia dikurniakan kesihatan yang baik. mudah2an doa aku dimakbulkan.alhamdulillah tahun depan jadi student balik.harap2 dapat kerja baru n better than now.