Wednesday, March 9, 2011

KeLiRU

Alhamdulillah baru sebentar tadi dapat surat status aku permanent kat company ni.?Reaksi?Keliru Sebab? rasa hati aku sekarang sama seperti waktu aku terima offer buat master hari tuh.Tiada sedih tiada gembira tiada apa..sungguh heartless fokus aku satu ja nak dapatkan yang betul serasi dengan aku.kerja yang aku bole buktikan kemampuan aku..Bukan aku tidak redha sungguh aku xmau jadi hamba yang kufur nikmat tapi......

Aku masih berharap dengan peluang itu
Ya Allah
Kau Maha Mendengar
Tolong aku Ya Rabbi
Sujud aku mohon kekuatan untuk teruskan perjuangan ini


*Jangan Kau bolak balik kan hati ku.tetapkan hati aku pada agamaMu.Ini cumalah satu ujian untuk mendekat aku kepada Mu.Berikan aku kekuatan.

Monday, March 7, 2011

Ummi's Day

alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi memanjang umur ummi hingga ke hari ini. Pagi tadi telefon and wish ummi she seems happy alhamdulillah. Next week we're going to celebrate inshaallah. Next week juga along bertunang congrats.

Bercerita pasal ummi, beliau seorang yang tawadhuk (makcu jannah yang kata). Ummi juga seorang yang sensitif dan tegas. Yang aku pasti kalu kitorang ada buat salah pasti dapat cash masa tu jugak.Doa ummi sangat kuat .Betul kata Allah, redha Allah bersama dengan redha kedua orang tua.banyak kali juga insiden yang berlaku memang terhalang kerana doa ummi. MasyaAllah. Kalu ummi xsuka sesuatu die diam sebab ummi sgt sensitif. Jadi nak minx sesuatu dengan die esp serious matter kena tggu die buka mulut dl baru bole bincang pjg kalu x jangan la...memang ada macam2 halangan .

Ummi seorang surirumah sepenuh masa jadi ummi sangat rajin x betah dok diam ada je keja die nak buat.kalu die dok diam die tidoq . Kalu kitorang semua adik beradik ada macam2 umi masak kadang2 die buat biskut n kek untuk kitorang bawa balik sebagai bekalan. Ummi teror buat kek aku ja x sempat belajar bukan pa malas hehehe .

Dalam usia 51 tahun, umi masih sihat tiada penyakit yang serius alhamdulillah cuma ummi sakit lutut susah nak bangun kalu duduk moga Allah sembuhkan penyakit itu. Aku harap dapat capai kan impian ummi nak pegi mekah buat umrah n haji InshaAllah amin..


Aku masih memerlukan doa ummi untuk hidup kat dunia nih.Ya Allah Kau panjang usia ummi agar kami adik beradik dapat membahagiakannya di dunia dan di akhirat.Perkenankan doa hamba Mu ini Amin

BUKA HATI

Ya Allah
Seandainya ini lah jalan ku
Kau bukakan pintu hatiku seluas luasnya
Terangkan jalan ku
Mudah2an aku dapat pelajari sesuatu di sini


Ya Allah
Aku masih berharap pada harapan itu
Setulus hati
Ya Allah
Perkenankan doa hamba Mu ini
Berikan aku kebahagiaan
di dunia dan di akhirat

Amin

Friday, February 25, 2011

DiDik Hati

Alhamdulillah syukur masih diberikan peluang untuk bernafas.

Aku sekarang dalam mode PMS (Protest Mode in Silent). sebab? macam macam ada dalam kepala ni nak buat itu ini tapi tersekat.Aku pegang satu yang satu lagi terlepas. Aduh rasa nak terduduk dah. Tapi cuba kuatkan hati nk dapatkan jugak. Kadang 2 aku fikir adakah aku cuba melawan kuasa Tuhan? Ya, Tuhan suruh berusaha dan bertawakal. Setiap hari aku doa usaha? tidak tahu nak cakap sebab aku rasa cm aku kurang usaha tp aku cuba untuk memaksimakan usaha.

Sukarnya nak didik hati untuk Sabar. Benar Hadis Nabi mengatakan Sabar itu sebahagian daripada Iman. Itu yang aku cuba SABAR. Tapi susahnya adoyai..

Jenuh mencari jawapan untuk semua persoalan. Tapi aku tau punca pada persoalan aku adalah kena Sabar n memaksimakan usaha selebihnya Tawakal.

Apa yang aku pk terbaik untuk aku tidak semestinya terbaik di sisi Allah. itulah yang aku pegang sekarang. Setiap yang aku usahakan ada ganjaran. Bak kata orang, Kalu da rezeki memang milik kita buat cemana pun tetap milik kita. Cuma Ini ujian Allah nak bagi kena terima plus setiap ujian itu ada ganjaran.

Bak kata para ustaz, jangan terlampau kejarkan dunia sangat sampai akhirat tertinggal jauh ke belakang.Tapi lebihkan akhirat insyaAllah dunia pun dapat sama gak. Dunia sekarang pon tgh bergolak. Jangan sampai pintu Taubat tertutup masa tuh baru nak menyesal. Jadi sekarang nih kena kuat. Pegang tali denagn Tuhan itu sekuat-kuatnya.

* Tidak mahu tersungkur di depan pintu Syurga sahaja. Mahu merasai nikmat di dalamnya

Tuesday, February 8, 2011

Show Me the Way

betulkah apa aku buat ni?
kenapa "tercetus" petang ni?
Tuhan
Tunjukkan aku jalan
Rasa lemah sekarang nih
Mungkinkah ini yang terbaik?
Sungguh
aku x mampu tahan perasaan ni
kelirukah aku?
Aduh


*biar masa menentukan
Maaf ada hati yang 'terluka'

Monday, February 7, 2011

Famili Day 2011

Alhamdulillah bersykur tamat sudah program berkumpul semua ahli keluarga sebelah abah..it went well terima kasih sume yang terlibat.malu gak aku nih dapat hadiah ajk tp wt keja sket ja..heheh

harap next 2 years ada yg bole organized..memerlukan komitment yang tiggi..insyaallah harap ada yang akan membantu..

Friday, January 14, 2011

Jan 2011

Syukur alhamdulillah masih di beri olehNya untuk hirup udara segar ..masih memiliki nikmat Iman Dan Islam..allahuakbar alhamdulillah

Permulaan tahun baru aku agak 'low' di mana ada sedikit ujian Allah bagi.

First two weeks of Jan, aku menjadi seorang pelajar di UPM. Konon mahu meneruskan master dalam corp Comm, namun setelah menimbang semua keadaan termasuk yang utama soal keselamatan diri aku terpaksa undur diri untuk seketika.Keputusan itu jelas megejutkan semua rakan2 baik di ofis mahupun di pejabat, tapi tidak pada famili aku n mie. Kata mereka, buat apa ni hanya kerana tiada transport aku goyah. Ya memang itu sebabnya. Aku jelaskan, apa perasaan korang saat menunggu bus seorang diri tiada teman pada jam 10 mlm ada bus masuk tapi penumpang hanya aku seorang...ayat2 al-Quran menjadi pendamping. aku tidak bole tahan aku tidak mahu sesuatu buruk berlaku then only aku menyesal n word "KALAU" sentiasa bermain di bibir. nauzubillah. aku bertindak selepas beristikharah n memohon keizinan abah untuk defer my sem until my heart is open to continue it. buat masa master bukan untuk aku.Let me focus on my task right now.

*****

HAri ini Jum (14 jan 2011) makcu aku bakal di bedah selepas doctor diagnos die menghidap breast cancer.Allahuakbar sesuatu yang berat untuk di terima oleh kami sekeluarga. baru setahun berkahwin ,Allah uji mereka . Sebelah breast di buang. Lantas umi n makcik2 segera membuat ujian atas nasihat doctor kerana sudah ada cancer history in the family. Allah Kau jauhkan kami dari ujian yang berat untuk kami tanggung.Amin.
semoga pakcu n makcu di beri kekuatan n ketabahan untuk meneruskan ujian ini.

****

Semoga tahun ini memberi rahmat buat diriku n family.