Friday, July 2, 2010

SyuKur Hari JuMaaT

Syukur alhamdulillah di hari jumaat ini aku masih mampu untukmenghirup udara...syukur kerna masih diberikan peluang untuk bekerja..syukur kerana masih dapat berbakti kepada abah n ummi n adik adik...

tahun ini aku sudah 25 tahun...macam x caya ja..terima kasih kepada kawan kawan yang memberi ucapan dan doa..ingatan daripada anda semua aku hargai ..syukran..ramai yang mendoakan aku kahwen cepat thanks...amin mudah mudahan doa kalian makbul...bersempena dengan hari lahir aku berhajat tiga perkara. pertamanya untuk menyambung master di sebuah universiti tempatan mudah mudahan makbul..aku fikir aku tak mau buang masa so baik sambung belajar dapat gak ilmu kn.yang kedua aku harap aku dapat pekerjaan yang lagi baik dengan gaji yang baik daripada sekarang ni..bukan tidak bersyukur cuma mengharapkan kehidupan yang lebih baik selepas ini.terakhir aku mahu kahwin..hahahah

sebut pasal kahwin, aku pernah terbaca satu blog mengatakan tidak sempurna seorang perempuan itu jika dia berpuasa (ditambah puasa sunat) serta solat (bangun di tengah malam ) sekiranya tidak berkahwin.betapa beruntungnya wanita yang berkawin itu. sungguh dalam hadis menyebut jika seseorang itu berkahwin, separuh daripada imannya sudah sempurna.MasyaAllah.jadi aku mahu berkahwin.hehehe (aku doakan kawan kawan aku juga akan berkahwin selepas ini hehehe).angah sekarang berada di madinah aku kirim kan doa ini kepada dia mudah mudahan makbul.mugkin dalam dua tiga hari ni ke mekah..,moga angah n rombongan selamat.

Thursday, June 17, 2010

JeLiK

Jelik
dengan manusia keliling
Jelik
dengan manusia yang tiada adab kesopanan
Jelik
dengan manusia yang berlawan kerana kuasa veto
lawan dengan otak la oit..
ko ingat ko tinggi jawatan ko boleh buat sesuka hati ka..
xde hati perut langsung..

Thursday, May 27, 2010

SelaMat Hari LahIr to AbAh


Hari ini 27 Mei 2010 adalah hari lahir abah yang ke-52...Sampai ja ofis tadi , aku terus call abah (guna tepon ofis sebab credit da abes).Masa dia angkat tu dengar bunyi bising bising kat belakang.aku tanya ada pa kat sekolah..abah jawab ada anugerah.Abah kata dia dapat anugerah Guru Cemerlang Bestari.Aku sangat teruja bila dengar..rasa nak peluk abah time tu gak..Terima Kasih Allah..Aku bersyukur atas rezeki yang diberi. Tahniah abah..

Abah memang seorang yang komited dengan kerja memandangkan dia minat bidang IT jadi die ambil ijazah dalam bidang IT di UUM.Selepas itu, dia jadi guru penyelaras bestari kat sekolah Men King Edward VI, taiping.Sepanjang berkhidmat macam macam la die buat termasuk melaksanakan sms sekolah di mana ibubapa boleh tahu perkembangan anak anak di sekolah melalui sms selain merapatkan hubungan di antara guru dan ibu bapa.

Kerja abah memang sibuk kadang kadang hari sabtu pun p sekolah, cuti sekolah pun dia p sekolah gak..umi selalu bising sebab abah asyik busy ja..tapi nak wat cemana da keja abah kn..die kena la buat.ada juga kawan kawan abah kata abah bodek pengetua nak dapat gaji lebih la, naik pangkat cepat la...tapi abah x kesah tu semua die diam n senyum ja..abah kata dia x wat semua tuh buat pa dia nak amek kesah kn..mulut orang biasa la..

satu sifat abah yang kami adik beradik n umi x berapa nak tahan ialah abah suka berleter.Leteran abah bole buat kitaorang menangis n menjerit jerit mahu berkata "sudah la tuh abah oi" tapi tidak terkeluar ayat lantaran terlalu sedih mendengar ayat ayat abah..hehehe..
Pernah suatu masa abah kami adik beradik rindu nk dengar abah berleter, masa tu die p buat umrah di Mekah selama dua minggu..Adik laki ku, Sidqi sengaja menghampar surat khabar untuk lapik motor(dulu malam malam kena bawa motor masuk umah sebab berlaku banyak kecurian motor waktu malam) dengan tidak kemas.Lalu aku memarahi die, buat elok elok nanti abah marah.Jawab sidqi, "memang sengaja iqi bentang cam ni , rindu nak dengar abah marah marah'.aku gelak gelak ja dengar..

di hari Lahir abah ini kak long doakan abah panjang umur, murah rezeki , cepat naik pangkat n always look young...hehehe May Allah bless u Abah...

*tidak sabar mahu pulang petang ini meraikan kejayaan abah..Mahu belanja abah makan sedap sedap sok....

Tuesday, May 25, 2010

MenaNgis

Sewaktu kecil dahulu , aku adalah seorang yang kaki nangis,tak boleh salah sikit mesti nak meleleh. kerna sebab itu aku di gelar kememe, gelaran untuk orang suka nangis..semakin menginjak usia,aku cuba kurangkan nangis tapi jadi semakin sensitif plak..sikit sikit nak merajuk...ye la pompuan kan..bila da makin tambah umor aku cuba kurangkan untuk ada perasaan itu dalam hati..ye la bila dah tua tua merajuk macam x best plak.rasa macam budak budak plak.

menangis itu tidak salah kerana kita memang manusia yang ada sifat lemah dalam diri..tidak salah menangis terutamanya bila berada di dalam kesusahan.bila aku sangat tertekan..aku akan sujud dan menagis semahu mahunya aku rasa lega selepas itu. alhamdulillah.saat itu aku dapat rasa aku adalah hamba yang kerdil dan lemah..aku merayu mengadu dan berdoa agar Allah leraikan kekusutan aku..

sekarang, aku tidak boleh di tengking atau diherdik semacam pesalah jenayah,pastinya selepas itu aku akan tangkap leleh.sewaktu bekerja di bawah bos dahulu, sudah banyak kali aku kena herdik depan dia aku ok tapi selepas aku duduk kat tempat,air mata laju ja keluar.biarpun aku tahan.sama juga sekarang ni kalau en M marah aku senang2 ja aku nak nangis.nasib baik kawan kawan lain x perasan.bila orang tegur napa hidung merah aku cakap gatal sebab resdung..hehehe

petang tadi aku masuk bilik en M, kemudian aku kuar jap nak ambil dokumen , kawan aku masuk plak bilik en M,bila aku masuk balik tetiba kawan aku dah nangis aku dengan terkejutnya berkata "Pa en m cakap kat dia??" dia balas "saya x cakap pape pun" aku diam, kawan aku terus keluar dari bilik tuh. suasana sunyi tetiba en M kata "cakap sikit pun da nangis" aku balas "dia sensitif, tertekan banyak kerja" cuba men'coverkan kawan aku itu. en m tidak puas hati "ingat die seorang saja banyak kerja, tension..i pun tension gak cuma tak tunjuk ja.kalu i tunjuk semua orang tak mau masuk ofis" aku diam.

Masa memula aku kerja ngn en M, dia sangat baik .tapi lama kelamaan dia jadi panas baran suka nak marah marah.aku sampai naik tensi n rasa mahu berhenti sahaja.tapi aku sabar n berdoa agar dilembutkan hatinya.Alhamdulillah berkesan, sejak akhir akhir ini die makin berlembut.tidak marah marah lagi.cuma kalu betul betul ada kesalahan suara die memang tinggi la.

Berbalik pada isu kawan aku ni, die memang seorang yang sensitif, kalu kerja banyak jangan la tegur pasti nak melenting pastu akan menangis..mungkin kerana sifat yang manja.kadang kadang aku lemas gak tgk perangai cam tuh..dalam kerja kita tidak bole nak beremosi sangat nak marah marah bos nak mencarut carut.bagi aku itu cabaran bekerja.memang akan ada situasi itu.tapi terpulang pada kita cemana nak handle..jangan asyik nak menagis ja..cuba untuk jadi kuat..

kalu kerja nak tenang dok kat umah..tapi kat umah pun kadang kadang kita tak tenang..aku tahu kawan aku x baca pun blog nih..tapi aku doakan die kuat jangan mudah menagis..jangan tunjuk kelemahan sangat..dapat plak bos macam en m yang memang keras hati.die memang xsuka orang nangis2 ni..so kena belajar untuk jadi matang..semua tempat kerja pun sama..jangan bila kena sikit nak berhenti kerja..

*setiap hari berdoa untuk jadi kuat menghadapi dugaan hidup Amin..

Monday, May 3, 2010

TumPuan

Selalunya before aku pegi kerja pepagi akan tonton MHI especially kalu host wardina, fedtri n ally bukan pa nak amek mood. seronok tegok keletah dorang...so ada satu pagi dorang panggil dato fadhilah kamsah as a guest.tajuknya agak menarik.salah satu ayat yang keluar dari mulut dato ialah kita sering lupa pada apa yang kita ada kerana kita selalu memberi tumpuan pada perkara yang tidak ada.aku sangat terkesan pada ayat itu kerana aku adalah orang yang dinyatakan itu.

Setiap aku sebelum pergi kerja (in fact setiap malam before tido) mesti fikir nak cari job lain yang gaji beriban riban sehingga aku kekadang lupa pada kerja aku sekarang.aku sepatutnya memberi sepenuh tumpuan dan seikhlas hati melakukan pekerjaan aku sekarang.memang pekerjaan aku sekarang bukan sesuatu untuk dibanggakan.kadang kadang aku fikir malukah dengan job title aku ini esp bila orang tanya keja mana sekarang ? keja pa? aku biasa jawab biasa2 ja..tapi apabila ditanya lebih detail keja pa yang biasa2 tuh? aku sengih lalu jawab setiausaha ja...huhu...ada yang sinis saja senyum dan kata ish lari bidang tuh..abes tuh da kerja ini yang di offer haruslah aku terima kan...

So sejak sebulan yang lepas aku nekad dalam hati kerja ini mungkin untuk setahun ini sahaja aku mahu melanjutkan pelajaran pada penghujung tahun ini.insyaallah..aku mesti bulatkan hati....ramai supporters aku tu yang nekad hehehe..jadi masa yang ada ini akan lakukan kerja dengan sebaik mungkin...biarlah aku mencari pengalaman kerja dan mengenali perangai perangai manusia yang pelik di sekeliling.

Plus, bulan bulan akan datang akan aku ambil peluang untuk membuat research mengenai course aku nanti...

* Ya Allah hamba ini memohon yang terbaik menurut pengetahuan Mu kerana Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba hamba Mu. Amin

Wednesday, April 14, 2010

aRghhhhhhhh

tiada lain dalam kepala otak aku ni aku nak quit kerja sebab emosi aku tidak kuat untuk melayan seorang lelaki tua yang moodnya tidak boleh di agak ..setiap hari ada je benda kecil die nak membebel..memula dulu aku bole tahan tapi da masuk ke empat bulan buat aku rasa getik n menyampah..macam melayan orang tua nyanyuk saja aku nih..tidak boleh ke sabar da ko tuh bos besar memang la banyak cabaran n benda nak pk kalu nak hari hari hidup aman dok umah manja ngn bini la...arghhh menyesal tidak apply sambung master tahun lepas..kalu tidak hujung bulan ni aku quit biar aku belajar buat hal aku sendiri ...arghhhhhh..;yang boleh aku sekarang berdoa untuk dapat kan job lain....biar terkangkang orang tua tu aku tinggal kan dia..huh huh huh

*'pokok' KALAU da makin subur setiap hari

Tuesday, March 16, 2010

akhirnya

syukur alhamdulillah..setelah bertahun tahun..berbelanja besar untuk mendapatkan lesen P akhirnya aku berjaya LULUS walaupun tidak 100% tapi ok la just sekali test aku lulus..hehehe...rasa dunia ini aku yang punya..baru la aku tau perasaan ada lesen P ni ek..so pada yang belom ada lesen P cepat cepat la ambil..

sekarang aku punya banyak rancangan termasuk untuk menukar tempat kerja bukan tidak sesuai cuma mencari yang teerbaikk..dalam hati memberontak untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana..masih kabur lagi risau dengan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan aku belajar pada masa ini..

setiap hari aku berdoa untuk mendapat kerja daalam sektor awam kalu boleh yang ada menawarkan 'sponsor' untuk aku sambung belajar..aku tidak kisah untuk berkhidmat dan terikat walau sebanyak mana tahun pun..aku ikhlas(seperti keikhlasan aku menunggu offer kerja daripada JPA)..

baru baru ini aku dilantik menjadi salah seorang ajk untuk badan kebajikan company ini..sungguh bukan aku yang hendak tetapi dek kerana suggestion seorang lelaki yang hanya aku kenal jauh..orang yang dilantik dalam persatuan itu bukan calang calang semuanya eksekutif aku hanya coooliicutive saja..aku sungguh tidak senang hati dengan pelantikan ini..jadi aku berharap ada offer kerja di tempat lain...bagi aku itu amanah aku tidak kejar glamer seperti ada sesetengah ajk yang dilantik..mereka suka saat nama dilaungkan aku terkejut saat nama disebut di depan hadirin hadirat..aku tiada pilihan untuk berkata tidak..ish tolong lah aku mahu lepas dari jawatan ini..

*Tidak BerHenti BerHaRaP