Tuesday, May 25, 2010

MenaNgis

Sewaktu kecil dahulu , aku adalah seorang yang kaki nangis,tak boleh salah sikit mesti nak meleleh. kerna sebab itu aku di gelar kememe, gelaran untuk orang suka nangis..semakin menginjak usia,aku cuba kurangkan nangis tapi jadi semakin sensitif plak..sikit sikit nak merajuk...ye la pompuan kan..bila da makin tambah umor aku cuba kurangkan untuk ada perasaan itu dalam hati..ye la bila dah tua tua merajuk macam x best plak.rasa macam budak budak plak.

menangis itu tidak salah kerana kita memang manusia yang ada sifat lemah dalam diri..tidak salah menangis terutamanya bila berada di dalam kesusahan.bila aku sangat tertekan..aku akan sujud dan menagis semahu mahunya aku rasa lega selepas itu. alhamdulillah.saat itu aku dapat rasa aku adalah hamba yang kerdil dan lemah..aku merayu mengadu dan berdoa agar Allah leraikan kekusutan aku..

sekarang, aku tidak boleh di tengking atau diherdik semacam pesalah jenayah,pastinya selepas itu aku akan tangkap leleh.sewaktu bekerja di bawah bos dahulu, sudah banyak kali aku kena herdik depan dia aku ok tapi selepas aku duduk kat tempat,air mata laju ja keluar.biarpun aku tahan.sama juga sekarang ni kalau en M marah aku senang2 ja aku nak nangis.nasib baik kawan kawan lain x perasan.bila orang tegur napa hidung merah aku cakap gatal sebab resdung..hehehe

petang tadi aku masuk bilik en M, kemudian aku kuar jap nak ambil dokumen , kawan aku masuk plak bilik en M,bila aku masuk balik tetiba kawan aku dah nangis aku dengan terkejutnya berkata "Pa en m cakap kat dia??" dia balas "saya x cakap pape pun" aku diam, kawan aku terus keluar dari bilik tuh. suasana sunyi tetiba en M kata "cakap sikit pun da nangis" aku balas "dia sensitif, tertekan banyak kerja" cuba men'coverkan kawan aku itu. en m tidak puas hati "ingat die seorang saja banyak kerja, tension..i pun tension gak cuma tak tunjuk ja.kalu i tunjuk semua orang tak mau masuk ofis" aku diam.

Masa memula aku kerja ngn en M, dia sangat baik .tapi lama kelamaan dia jadi panas baran suka nak marah marah.aku sampai naik tensi n rasa mahu berhenti sahaja.tapi aku sabar n berdoa agar dilembutkan hatinya.Alhamdulillah berkesan, sejak akhir akhir ini die makin berlembut.tidak marah marah lagi.cuma kalu betul betul ada kesalahan suara die memang tinggi la.

Berbalik pada isu kawan aku ni, die memang seorang yang sensitif, kalu kerja banyak jangan la tegur pasti nak melenting pastu akan menangis..mungkin kerana sifat yang manja.kadang kadang aku lemas gak tgk perangai cam tuh..dalam kerja kita tidak bole nak beremosi sangat nak marah marah bos nak mencarut carut.bagi aku itu cabaran bekerja.memang akan ada situasi itu.tapi terpulang pada kita cemana nak handle..jangan asyik nak menagis ja..cuba untuk jadi kuat..

kalu kerja nak tenang dok kat umah..tapi kat umah pun kadang kadang kita tak tenang..aku tahu kawan aku x baca pun blog nih..tapi aku doakan die kuat jangan mudah menagis..jangan tunjuk kelemahan sangat..dapat plak bos macam en m yang memang keras hati.die memang xsuka orang nangis2 ni..so kena belajar untuk jadi matang..semua tempat kerja pun sama..jangan bila kena sikit nak berhenti kerja..

*setiap hari berdoa untuk jadi kuat menghadapi dugaan hidup Amin..

Monday, May 3, 2010

TumPuan

Selalunya before aku pegi kerja pepagi akan tonton MHI especially kalu host wardina, fedtri n ally bukan pa nak amek mood. seronok tegok keletah dorang...so ada satu pagi dorang panggil dato fadhilah kamsah as a guest.tajuknya agak menarik.salah satu ayat yang keluar dari mulut dato ialah kita sering lupa pada apa yang kita ada kerana kita selalu memberi tumpuan pada perkara yang tidak ada.aku sangat terkesan pada ayat itu kerana aku adalah orang yang dinyatakan itu.

Setiap aku sebelum pergi kerja (in fact setiap malam before tido) mesti fikir nak cari job lain yang gaji beriban riban sehingga aku kekadang lupa pada kerja aku sekarang.aku sepatutnya memberi sepenuh tumpuan dan seikhlas hati melakukan pekerjaan aku sekarang.memang pekerjaan aku sekarang bukan sesuatu untuk dibanggakan.kadang kadang aku fikir malukah dengan job title aku ini esp bila orang tanya keja mana sekarang ? keja pa? aku biasa jawab biasa2 ja..tapi apabila ditanya lebih detail keja pa yang biasa2 tuh? aku sengih lalu jawab setiausaha ja...huhu...ada yang sinis saja senyum dan kata ish lari bidang tuh..abes tuh da kerja ini yang di offer haruslah aku terima kan...

So sejak sebulan yang lepas aku nekad dalam hati kerja ini mungkin untuk setahun ini sahaja aku mahu melanjutkan pelajaran pada penghujung tahun ini.insyaallah..aku mesti bulatkan hati....ramai supporters aku tu yang nekad hehehe..jadi masa yang ada ini akan lakukan kerja dengan sebaik mungkin...biarlah aku mencari pengalaman kerja dan mengenali perangai perangai manusia yang pelik di sekeliling.

Plus, bulan bulan akan datang akan aku ambil peluang untuk membuat research mengenai course aku nanti...

* Ya Allah hamba ini memohon yang terbaik menurut pengetahuan Mu kerana Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba hamba Mu. Amin

Wednesday, April 14, 2010

aRghhhhhhhh

tiada lain dalam kepala otak aku ni aku nak quit kerja sebab emosi aku tidak kuat untuk melayan seorang lelaki tua yang moodnya tidak boleh di agak ..setiap hari ada je benda kecil die nak membebel..memula dulu aku bole tahan tapi da masuk ke empat bulan buat aku rasa getik n menyampah..macam melayan orang tua nyanyuk saja aku nih..tidak boleh ke sabar da ko tuh bos besar memang la banyak cabaran n benda nak pk kalu nak hari hari hidup aman dok umah manja ngn bini la...arghhh menyesal tidak apply sambung master tahun lepas..kalu tidak hujung bulan ni aku quit biar aku belajar buat hal aku sendiri ...arghhhhhh..;yang boleh aku sekarang berdoa untuk dapat kan job lain....biar terkangkang orang tua tu aku tinggal kan dia..huh huh huh

*'pokok' KALAU da makin subur setiap hari

Tuesday, March 16, 2010

akhirnya

syukur alhamdulillah..setelah bertahun tahun..berbelanja besar untuk mendapatkan lesen P akhirnya aku berjaya LULUS walaupun tidak 100% tapi ok la just sekali test aku lulus..hehehe...rasa dunia ini aku yang punya..baru la aku tau perasaan ada lesen P ni ek..so pada yang belom ada lesen P cepat cepat la ambil..

sekarang aku punya banyak rancangan termasuk untuk menukar tempat kerja bukan tidak sesuai cuma mencari yang teerbaikk..dalam hati memberontak untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana..masih kabur lagi risau dengan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan aku belajar pada masa ini..

setiap hari aku berdoa untuk mendapat kerja daalam sektor awam kalu boleh yang ada menawarkan 'sponsor' untuk aku sambung belajar..aku tidak kisah untuk berkhidmat dan terikat walau sebanyak mana tahun pun..aku ikhlas(seperti keikhlasan aku menunggu offer kerja daripada JPA)..

baru baru ini aku dilantik menjadi salah seorang ajk untuk badan kebajikan company ini..sungguh bukan aku yang hendak tetapi dek kerana suggestion seorang lelaki yang hanya aku kenal jauh..orang yang dilantik dalam persatuan itu bukan calang calang semuanya eksekutif aku hanya coooliicutive saja..aku sungguh tidak senang hati dengan pelantikan ini..jadi aku berharap ada offer kerja di tempat lain...bagi aku itu amanah aku tidak kejar glamer seperti ada sesetengah ajk yang dilantik..mereka suka saat nama dilaungkan aku terkejut saat nama disebut di depan hadirin hadirat..aku tiada pilihan untuk berkata tidak..ish tolong lah aku mahu lepas dari jawatan ini..

*Tidak BerHenti BerHaRaP

Thursday, February 25, 2010

MooDY vs SaBaR

Hari ni dan hari hari sebelumnya bos aku moody mungkin nak menopaus kot..asyik nak marah ja..cakap tengking tengking..kenapa bos bos suka marah marah x boleh ka cakap elok elok..aku tahu jawapannya adalah tekanan tapi jangan la lampiaskan kemarahan pada orang bawahan..memang la dorang puas hati kan bila dapat lepaskan marah tu tapi orang bawah yang sakit hati..pastu mula la menyumpah..aku xsuka keadaan ini..dia tahu dia punya marah kami punya marah die x pk ka...arghhhhhhh

Sabar sabar sabar
orang cakap melafazkan kata sabar itu sangat mudah
belom kena batang hidung sendiri boleh la kata sabar..
tapi nikmat sabar tu sangat la tinggi
aku kena belajar bersabar untuk dapatkan sesuatu yang baik
jadi kena pujuk hati untuk cakap benda yang baik baik di kala di tengking oleh bos supaya aku jadi orang yang lebih sabar..

*Mari berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Friday, February 12, 2010

Temuduga Vs BoS

semalam aku menghadiri temuduga di utusan karya untuk jawatan wartawan..pada mula mendapat panggilan telepon jumaat lepas aku sangat gembira namun jauh di sudut hati aku heartless rasa berat mahu pergi..hari sabtu keesokan nya aku ajak angah p survey tempat tu..memaaangg jauh memerlukan kenderaan sendiri..hari hari berikutnya aku macam nak tak nak je nak p..aku tanya kawan kawan dorang kata cuba ja la..so aku decide redah je la p interview without preparation..aku plak cuti x mau bitau bos..bukan pe takut die kecik hati ye la aku baru sebulan lebih keja ngan dia..jadi aku bitau die aku emergency leave..tetiba pagi ni bos masuk ofis die x senyum kat aku..ucap selamat pagi pun macam nak tak nak ja..ish ni yang x best..macam moody ja..mengikut kata kawan aku semalam die memerlukan pertolongan aku ...huhuhu..

bos aku suka suh aku wat surat sebab aku budak mass comm katanya..seminggu lepas die suh aku alter satu surat nak di beri pada seorang Tan Sri..aku pun alter sebaik mungkin mengikut protokol..tetiba semalam surat tu di edit oleh dato' F. keadaan jadi kelam kabut..die plak harap kan aku tapi aku xde..mungkin sebab tu kot die moody..ni buat aku rasa bersalah yang amat.huhu..aku tanya nak air pun die xmau..cakap pun x banyak..ah lantak la..tapi lain kali aku akan ikut rasa hati..kalu rasa heartless jangan p interview tuh..hahah

interview semalam berlangsung cam biasa. panel lima orang. dorang tanya aku jawab..sebenarnya aku xnak pun..gaji lebih kurang sama yang di offer kat maju..ofis jauh plak tuh xde kenderaan nanti nak p ament susah..setelah berbincang ngan abah lebih baik aku di maju..rezeki mungkin di sini..

sebenarnya penat nak p interview nih..aku akan berkira kira untuk p interview selepas ini..pergi pun cam buang masa xtentu dapat..

*sedang dalam istikharah mohon petunjuk yang baik untuk masa depan..

Wednesday, February 10, 2010

Ceritera Hidup

Sudah lama tidak meng'update' blog..bukan bz tapi segan nak bukak kt ofis..hahahah..nanti orang lain baca malu ja...sudah dua bulan di tahun 2010...2009 yang mengajar aku menjadi kuat...ye ka...tapi tahun 2009 tahun aku 'belajar' dan 'mencari diri sendiri'.
kini sudah hampir dua bulan bekerja di MHSB di bawah seorang bos yang coollll, Mr M..he is better than the previous..aku makin bertambah berat badan bekerja di department account ini..Rakan rakan sekerja best n satu kepala..namun aku masih mencari kerjaya yang sesuai dengan kelulusan ijazah aku..bukan memilih tapi mahukan yang terbaik utnuk masa depan..masih menanti jawapan..seperti biasa aku penat menanti tapi itu kenyataan jadi harus terima dengan sabar..
mungkin belom masanya lagi..

aku berkira kira mahu menyambung master pada pertengahan tahun or hujung tahun.bergantung pada keadaan kewangan..tapi hati aku sangat memberontak nak belajar balik..mungkin aku akan pertimbangkan untuk menyambung master secara part time..aku Wajib amek master itu kata abah..heheh..aku plan nak dapatkan master before umor 30..insyaallah..(doakan aku ye kawan2)

cerita lain, aku bakal berumor 25..sepupu yang sebaya hampir semuanya sudah berumahtangga..dalam famili abah, hampir semuanya sudah bermenantu kecuali famili aku, mak andak ani n anom..haaha..aku senyum saja bila di tanya..setiap kali berjupa..soalan sama di tanya..setiap soalan di balas senyuman..paham2 sendiri sudah..

bercakap soal kahwen..bukan tidak ada niat..tipula la kan..mesti ada..lumrah hidup.cumanya belom terdesak kerana aku punya kawan kawan rapat yang belom berkahwen..bak kata orang belom tercabar lagi..hahah kak leya pun still maintain lone ranger..kalu die nak kawen aku akan start tercabar..hahhaa begitu juga dengan syaz, zati n khawlah..hahah..

aku masih mencari minat aku sekarang mahu menulis or bekerja di pejabat..kedua duanya aku selesa..pernah juga berpakat ngan angah untuk meneruskan kerja penulisan ku secara part time..dia ambil gambar aku menulis..tapi asyik tergendala dek kerana kemalasan aku.hahah bukan pe weeekdays bekerja bila wekend berlibur la plak kn..mungkin sebulan dua lagi aku akan bergerak ke arah itu..memaksa diri mencari sesuatu untuk di tulis. seronok sebenarnya menjadi penulis kerana aku suka saat mencari perkataan yang sesuai especially bila mahu menerangkan sesuatu sehingga pembaca dapat membayangkan apa yang terjadi (erk betul ka apa aku tulis nih..belasah ja la..) aku xreti nak terangkan..huhu.

panjang plak entri kali hahah..lepas ni mungkin nak update lagi..

*menumpang komputer ofis hahah..